Sisters in Islam patut diharamkan!

Zainah Anwar

Zainah Anwar

Sisters in Islam (SIS) sepatutnya dah lama di haramkan.  Pegangan dan kepercayaan mereka amat jelas sesat lagi menyesatkan.

Kalau darul arqam pada suatu masa dulu boleh diharamkan mengapa ajaran sesat yang dibawa SIS tidak boleh diharamkan.  Kita tidak tahu mengapa selama ini majlis fatwa kebangsaan tidak mengeluarkan sebarang fatwa atau tindakan oleh jabatan agama.

Ini mungkin kerana Rosmah Najib dan isteri menteri-menteri lain terlibat, jadi, pihak berkuasa tidak berani membuat fatwa atau mengambil tindakan.  Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Nori Abdullah dan Marina Mahathir adalah diantara pendukung ajaran sesat SIS dan sudah pun menyatakan sokongan mereka dalam pertahankan ajaran ini dari diharamkan.

SIS adalah suatu pergerakan wanita liberal dan progresif yang bertentangan dengan Islam.  Pemimpin mereka Zainah Anwar dan lain-lain adalah mereka yang sentiasa mencari hujah supaya prinsip dan ajaran Islam diubah mengikut kehendak nafsu kewanitaan mereka.  Lahirnya SIS ada kaitan dengan pengaruh barat seperti gerakan kebebasan wanita(women’s Lib) yang perjuangkan cara hidup bebas di US kerana disinilah mula lahirnya pergerakan seperti ini.  Pengerakan wanita barat adalah berasaskan kesamarataan diantara lelaki dan wanita, maka SIS telah perjuangkan usaha barat ini sehingga mereka sokong supaya wanita mengimami solat Jumaat!  Perjuangan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan Islam kerana dalam Islam ada hak tertentu untuk wanita dan ada hak tertentu untuk lelaki dan hak-hak ini tidak semestinya sama.

Islam adalah suatu ajaran dimana semua pengikutnya wajib ikut dan taat  segala suruhan dalam agama.  Tetapi golongan SIS adalah mereka yang tidak mengikut ajaran agama tetapi bagi mereka, agama yang mesti mengikut kehendak mereka.   Mereka tidak menyesuaikan kehidupan mereka mengikut kehendak agama tetapi agama yang harus disesuaikan dengan kehidupan mereka.  Apabila mereka tidak mahu menutup aurat seperti mana dituntut oleh Islam, mereka akan cari hujah untuk menyokong kehendak nafsu mereka walaupun kadangkala hujah mereka adalah amat dangkal sekali!

Mereka menyokong seorang wanita Afrika yang yang mengajar di Amerika Syarikat bernama Aminah Wadud supaya wanita boleh mengimami solat jumaat.  Hujah sesat mereka baca disini dan hujah sebenar mengikut Islam baca disini.  Ulama-ulama muktabar di Malaysia sendiri tidak setuju bahawa adanya nas yang sahih untuk menyokong hujah Aminah Wadud dan SIS.  Saya melihat ajaran Sisters in Islam adalah suatu agama tersendiri sama seperti ajaran Qadiani dan yang lain-lain.

Kalau mereka tidak gunakan perkataan “Islam” pada nama pertubuhan mereka, ia tak menjadi masaalah.  Tetapi apabila mereka gunakan nama Islam, ramai orang percaya bahawa segala dakwaan dan saranan mereka menepati kehendak Islam.  Misalnya umno, pegangan mereka adalah bertentangan dengan akidah Islam dan mereka tidak gunakan Islam pada nama pertubuhan mereka.  Orang ramai tidak terkeliru bahawa mereka perjuangkan Islam.  Umno gunakan nama melayu.

Jadi saya rasa sampai masanya, sepertimana yang disarankan oleh Muktamar Pas baru-baru ini, ajaran sesat yang dibawa oleh SIS mestilah disiasat dan diharamkan sekiranya benar-benar terkeluar dari ajaran Islam.

oleh : decapuchino

back to main page click here

4 thoughts on “Sisters in Islam patut diharamkan!

  1. Pingback: Mahkamah Tarik Balik Pengharaman Buku Sisters In Islam, UMNO Membisu! « maidoali.wordpress.com

  2. hancur…hancur.. hancur SIS. pejuang2 SIS kembalilah kepada jalan yang benar. Seluruh umat islam mesti doakan mereka agar diberi hidayah dan tidak terus sesat dan menyesatkan. Allahu Akbar.. Takutilah azabNYA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s