BOIKOT ASTRO! Harga semakin naik, diantara paling mahal dirantau ini.

astro_logo_header3Pengguna khidmat rancangan TV satelit astro, hendaklah memikirkan  semula pengunaan chanel TV ini.  Astro adalah suatu syarikat yang hanya memikirkan keuntungan dan berkhidmat kepada masyarakat adalah suatu  perkara  yang  sangat asing bagi mereka.

Baru-baru ini Astro melalui surat telah memaklumkan pengguna bahawa bagi mereka yang menggunakan saluran sukan akan dinaikkan harga langganan sebanyak rm 12.  Cuba anda bayangkan  berapa puluh juta rm akan mereka kaut melalui kenaikkan ini setiap bulan!  Astro telah menunggu sampai tibanya masa siaran langsung EPL dimulakan.  Perlawanan  English Premier League akan dimulakan Ahad depan.  Restoran-restoran yang menggunakan khidmat saluran sukan Astro juga telah dinaikkan harga yang lebih tinggi.

Tema astro ialah ‘making your life richer’.  Tema sepatutnya ialah “making Anandakrishnan richer’.  Anandakrishnan melalui syarikat Astro dan telekomunikasi MAXIS menjadi diantara orang yang paling kaya di Malaysia.  Apakah Astro hendak menghisap darah rakyat Malaysia lagi untuk menambahkan kekayaan beliau?  Dimana peri kemanusiaan Anandakrishnan?  Baru-baru ini ada berita mengatakan Anandakrishnan hendak membeli pasukan EPL Newcastle United.  Ini menunjukkan betapa kayanya Ananda.

Inilah masaalah dengan kerajaan BN.  Kroni diutamakan, rakyat dibelakangkan! Perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti TV satelit, lebuhraya dan yang lain selalunya dimonopoli olih kroni tertentu.  Maka tidak ada saingan untuk perkhidmatan tersebut dan pembekal perkhidmatan bermarajalela dengan menaikkan harga mengikut hawa nafsu mereka.  Mengapa kerajaan BN mendiamkan diri apabila kroni mereka seperti Astro, PLUS, Tenaga Nasional dan yang lain menaikkan harga?  Mana dia slogan Najib, 1 Malaysia yang mengutamakkan rakyat?

Sukan adalah suatu bidang yang sihat untuk manusia.  Astro patut memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia dalam bidang ini dengan tayangan sukan yang bermutu tanpa naikkan harga langganan.  Astro juga mempunyai tanggunjawab kepada rakyat Malaysia, bukan fikir nak kaut saja.

BOIKOT ASTRO sekiranya Astro teruskan dengan kenaikkan harga langganan saluran sukan!

Kroni Umno, Astro, Mencekek Darah Lagi, Naik Sampai RM15 Sebulan !

Advertisements

16 thoughts on “BOIKOT ASTRO! Harga semakin naik, diantara paling mahal dirantau ini.

  1. Salam kenal,

    Saya terpanggil juga untuk memberikan komen yang tidak berpuashati dengan tindakkan Ass. tro yang melampau.

    Rancangan sukan tidak patut dinaikkan sebanyak 100% (kalau tak silap la). Seperti umum telah tahu , kebanyakkan siaran berada dalam rating low qualit. seperti siaran wrestling yang tiak menyiarkan broadcast WWE Smackdown!, siaran racing tiadak lengkap – yang ada cuma hightlite saja seperti siaran WRC.

    Siaran delay seperti soccer yang dah basi sampai seminggu ada pulak disiarkan. Ikutkan hati nak buang decoder di muka Ananda.

    Percayalah, tidak semua orang tidak merasa terhimpit – walaupun rm 12, pasal kos sara hidup… dan Ananda jugalah sebahagian faktor yang terfakta menjerumuskan gejala sosial contohnya remaja lepak kedai makan semata-mata nak tengok bola sepak… its possible kan?

    Ok webmaster, saya sokong blog ni… kandungan yang mantap.. harap dapat membuka minda rakyat Malaysia.

  2. Wajar dirasionalkan bagaimana keadaan 12 jam yang sama tempuhnya di antara malam dan siang di tanah air untuk dikaedahkan aktiviti yang tidak perlu berada lebih masa di hadapan televisyen.

    Bukan kesemua acara sukan diminati.

    Kebanyakan remaja tidak menonton televisyen dan pradigma generasi ini lebih memanafaatkan masa untuk aktiviti berkumpulan yang meneutralkan hubungan untuk keserasian membina pemahaman bahawa perbezaan adalah untuk dihormati.

    Bagaimana sistem yang melahirkan kematangan diwujudkan di mana siaran-siaran di televisyen semakin tidak menyerlahkan pembaik pulihan hubungan masyarakat setempat dan kesejagatan akibat ketidak berdayaan ketelusan laporan misalnya.
    Wajar diketahui mengapa remaja masa kini tidak menonton/ mendengar siaran berita.

    Kawalan keterlaluan kroni kini menjadi pahit apabila minda warga umumnya mahukan penampilan syariah yang tiada perlu paparan pembudayaan ‘seksual’ pada dailog/pada lakonan/pada cemuhan yang merendah/mempersendakan pihak lain pada ‘talk show’ umpamanya dan berorientasikan kepada pemupukan nilai-nilai kekeluargaan di mana tidak timbul daya ciptaan untuk memiliki hubungan yang tidak menepati syariat.

    Tanggungjawab keibubapaan yang tidak dikhianati memupuk rasa penghormatan anak-anak terhadap makna teladan.
    Keadilan di dalam membentuk interpersonal anak-anak juga tidak kesemuanya sesuai untuk diambil ibaratnya dari holly wood atau bolly wood.

    Mengapa tidak wujud syarikat penyiaran yang lain selain Astro Prima dan TV Perdana?
    Kes survivor yang disejagatkankah mempelopori kajian di IPTAR?

  3. Terbaru Astro kenakan “cukai kerajaan” ke atas pengguna penggunanya. Naik semakin naik. Senyum la kerajaan… Masyuk… Pangkah la BN banyak2.
    Ambil kesempatan dengan kuasa yang di monopoli.

  4. buang je astro dr rumah anda.. masuk internet.. tgk tv online jer.. pastu yg paling penting jgn sokong barisan nasional (BN).. sokong PAS.. BN dan memerintah lama sgt… Kroni lebih.. biar PAS jadi pemimpin satu penggal.. kalau x boleh bla jgk. sokong BN balik.

  5. mmg benar harga astro melampau,lambat bayar kena byr duit penalti sbyk 20 ringgit,pastu kalau terminate sekian2 progrem kena byr rm10,punyalah sial astro ni,kerajaan pulak buat dek je,nak bersuara dekat sape isu astro ni?kita hny boleh lepas geram disni saja,india tu kaya dgn amik kesempatan terhadap pengguna mcm kita,sy harap 1 hari nanti akan ade lagi satu syarikat untuk bersaing dgn astro mcm digi maxis celcom tu,semua dok berlumba dan lawan harga

  6. ok rakyat malaysia biar astro naik kerajaan kne igat x lama lagi nak pilihan raya kita ajar kerajaan UMNO jom semua generasi muda kita sama2 jatuh kerajaan UMNO yang berkata – kata bela nasib rakyat padahal bela nasib dia sahaja dan kroni dia …. jatuh UMNO biar padan muka kroni dia tgk la kekayaan khir toyor abes duit rakyat selangor dia bolot………..

    jatuh kan UMNO dan kroni UMNO-

  7. Astro memang cekik darah! Ada ke saya dikenakan caj sampai RM 500? ni dah masuk 4 bulan tak bayar tunggakan pasal Astro tak hapuskan caj tersebut. Dah beberapa kali marah orang Astro tapi kata je kesilapan teknikal tapi bil terbaru dia bagi diskaun. KEPALA BAPAK dia lah! Ingat orang suka! Senang2 hati je nak caj customer. Next month nak tgk lagi ada caj tersebut tak.. kalau ada bayar tunggakan n close account. abis cerita. Buat orang sakit hati aja.. Kalau datang surat lawyer, kena report gak kat TRIBUNAL PENGGUNA. tension2..

  8. Salam semua,,disinilah kita memainakan watak demokrasi yang sekian lama diperagungkan.Memang senang kita memperlaung dan menyalak slogan BOIKOT ASTRO.Persoalannya berapa ramai yang sanggup buang decoder astro di rumah sedangkan siaran tergendala akibat cuaca tak sampai setengah jam kita dah bising.Inikan pula selama-lamanya.Nak tunggu saingan syarikat lain bagi menggundah-gulanakan hati Ananda Krisnan sampai bila nak tunggu.Itupun kena minta aprrove dari kroni.Berbalik semula kepada hak demokrasi kita.Pilihanraya umum akan berkunjung tiba..tepuk dada tanya selera..sekian..renung-renungkan selamat beramal..tq

  9. Yang kau orang pergi kayakan astro tu pasal apa ..
    jangan langan siaran tv astro…langan internet kelajuan tinggi
    macam macam kita boleh layan …aku dah lama berhenti bayar astro ni
    setiapkali berurusan dgn dia kena bayar …hempeh betul pada sakit hati terus berhenti bayar

  10. kene pakse ke tengok astro tu?…memang semua rakyat malaysia diwajibkan pasang astro ke?..kalau dah miskin tu takyah la pasang..bagi je org kaya yang banyak duit tengok..tu pon masalah ke?..kecik punya hal lah…bila kita marah bermakna kita sangat suka menonton astro.walau pon cerita dia diulang2..dah tak suka tu potong ja la…potong astro…potong elektrik..potong air.jalan kaki…masalah pon selesai…bukan susah pon…

  11. Aku suka tengok astro rancangan best2 rakyat malaysia hangat taik ayam jew megamuk harga astro naek kerajaaan naek harga cukai, minyak petrol kenapa tak mengamuk ….income tax lagi semua nyer tax la

  12. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD….Harga murah kasi. Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM…..
    Boleh PM or Whatsapp sy 013-3332502

  13. Jom beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD, Langganan MYIPTV & CLINE.
    Boleh tonton banyak channel.
    Boleh pos@COD di PJ, Selangor.
    Whatsapp sy Khai 013-3332502

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s