Dr. Hasan Ali dan muslihat Puncak Niaga menaja Muktamar Pas!

IMG_0001

Pada hari terakhir muktamar pas, telah kedengaran bantahan perwakilan tentang jawatakuasa mukatamar pas menerima tajaan dari Punck Niaga Sdn. Bhd.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

Dalam risalah edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.  Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.  Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Puncak niaga adalah sebuah syarikat koperat milik Tan Sri Rozali Ismail proxi Tan Sri Muhammad Taib.  Seluruh rakyat Selangor mengetahui hasrat Puncak Niaga yang tidak mahu menyerahkan kembali konsesi air kepada kerajaan negeri Selangor yang sedang berusaha supaya rakyat menikmati air bersih dengan harga yang murah.

Puncak niaga pula sedang berusaha untuk menaikkan tarif air sebanyak 37% dan ini akan membebankan rakyat.

Pengambil alihan ini adalah berdasarkan cita-cita Kerajaan Selangor untuk memberikan air murah atau percuma kepada rakyat.

Sasaran terdekat ialah mengurangkan kadar tarif dari RM0.77/meter padu kepada RM0.60/meter padu kepada pengguna domestik. Dan menjelang 2013 pengurangan sebanyak 25 % kepada RM0.57/meter padu. Selain dari unit air percuma yang telah dinikmati sekarang.

Di Pulau Pinang contohnya pembekalan air berlegar sekitar RM0.37/ meter padu bagi 20 meter pertama dan RM 0.22 bagi 20 – 40 meter padu seterusnya.

Melalui rekod Pulau Pinang yang membekalkan air yang jauh lebih murah kepada rakyat juga telah menjana sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang menjana keuntungan berlipat kali ganda keuntunganya.

Jadi, bagaimanakah Pas Selangor sanggup menerima tajaan dari Puncak Niaga?
Apabila kerajaan negeri Selangor sedang bergelut untuk mengambil alih pengurusan air dari buaya puncak niaga, wajarkah pas Selangor menerima habuan dari mereka.

Sila baca : Dr. Hasan Ali Dan JATI – Umno Tubuh JATI Bagi Menarik Orang Melayu Kerana PERKASA GAGAL

Dalam isu ini puncak niaga memang mempunyai kepentingan.  Dengan menaja muktamar pas, puncak niaga dengan ini mewujudkan proxinya dalam kerajaan Selangor memandangkan pas adalah parti gabungan dalam pakatan rakyat yang sedang mentadbir negeri Selangor.  Puncak niaga tidak mahu menyerahkan konsesi air kerana keuntungan tinggi yang ia sedang menikmatinya sekarang.

Dengan bekerjasama dengan pas Selangor, nescaya usaha Tan Sri Rozali Ismail untuk mengekalkan konsesi air ditangannya menjadi lebih mudah kerana pas harus membalas budi.  Jadi bukankah ini bolih dianggap sebagai suatu bentuk rasuah?

Jadi siapakah dalang dalam pas yang mengkhianati rakyat negeri Selangor dan menghalang kerajaan Selangor dari mengambil alih konsesi air?  Siapa lagi kalau bukan ejen umno dalam pas, Dr. Hasan Ali!  Bukankah dia yang mula-mula berjumpa dengan Khir Toyo untuk membentuk kerajaan Selangor dengan umno?

Mengapakah Dr. Hasan sengaja menimbulkan masaalah dalam pakatan rakyat?   Mungkinkah beliau harapkan pakatan rakyat akhirnya akan menyingkirkan pas dari gabungan parti pembangkang dan sekiranya ini menjadi, bolih digunakan sebagai alasan untuk  pas bergabung dengan umno dan akhirnya Dr. Hasan Ali dapat menjadi MB Selangor?

Saya dari awal lagi dah sebutkan Dr. Hasan Ali (pesuruhjaya pas negeri Selangor) adalah orang yang mesti diawasi.  Kita pernah dengar keluhan exco-exco pakatan yang menyatakan Dr. Hasan Ali yang menyukarkan pakatan menyelesaikan pengambilalihan konsesi air di negeri Selangor,  mungkin kerana Dr. Hasan Ali sudah pun menjadi proxi puncak niaga diwaktu itu!

Ada juga desas desus mengatakan Dr. Hasan ali sedang memainkan peranan bagi mengumpul  wakil rakyat secukupnya supaya BN mengambil alih negeri Selangor seperti Perak.   Ingat, Najib adalah ketua perhubungan umno Selangor sama seperti di Perak sebelum BN merampas negeri Perak.

Tiada gunanya perwakilan buat bising dimuktamar kerana Dr. Hasan Ali bebas mengkucar-kacirkan pakatan rakyat Selangor.  Perwakilan telah memberi kuasa penuh kepada golongan pro-umno untuk menguasai pas dalam pemilihan pimpinan di Muktamar Pas.

Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang Dr. Hasan Ali.  Mereka langsung tidak membantah segala tindakan Dr. Hasan Ali.  Dalam Muktamar Pas, bukan main lagi sebut tentang memperkukuhkan pakatan rakyat padahal muktamar itu sendiri ditaja olih umno!

Ahli pas kena sedar, suatu gelombang fitnah besar sedang melanda pas.  Kalau ahli pas mendiamkan diri, fitnah ini akan menghancurkan pas.  Wallahu A’lam.

olih: decapuchino
carta diatas: chegubard.blogspot

back to main page click here

One thought on “Dr. Hasan Ali dan muslihat Puncak Niaga menaja Muktamar Pas!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s