Pemimpin UMNO GILA SEKS ! – Tayang Video Lucah Di Majlis Rasmi Kerajaan !

IPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, “PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah”.

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

“Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti,” ujar beliau.

- cina islam

Share

GEMPAR! – Menteri Kabinet UMNO Hadiahkan Rumah Bernilai RM10 Juta, Kereta Mewah Kepada Artis ?

GEMPAR! Rakan-rakan artis dan orang kenamaan yang menghadiri Rumah Terbuka Artis @ Usahanita Jelita, Zahida Rafiq terperanjat apabila seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia yang rapat dengan Perdana Menteri; tiba-tiba muncul berseorangan di Rumah Terbuka Zahida tanpa ditemani isteri dan pengawal peribadi.

Disember lalu, ketika menteri berkenaan bercuti di London, Zahida juga turut berada di sana, juga tanpa kelibat isteri menteri berkenaan.

Zahida merupakan kenalan rapat Zizie Ezzati, isteri Datuk Bung Mokhtar dan ramai rakan Zahida mencemuh menteri berkenaan yang dianggap bacul dan pengecut kerana enggan mengikuti jejak langkah Bung yang berani berpoligami.

Kini, Zahida hidup mewah dengan berkereta besar dan berumah agam, namun hatinya masih dipermainkan Menteri berkenaan yang dianggap sebagai ‘Kia Bo’ atau ‘Takut Bini’.

Menurut maklumat yang rapat dengan menteri berkenaan, selain sebuah rumah mewah yang dimiliki Menteri itu di London, Zahida turut dihadiahkan sebuah rumah baru bernilai RM10 juta dan sebuah kereta mewah untuk kegunaannya ketika bercuti di London.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8427:menteri-kanan-muncul-di-rumah-terbuka-zahida&ca

Share

Anak Pemimpin Umno/BN Kaya Raya – Anak Taib Mahmud Bayar RM400 Juta Selesai Kes Cerai !

Anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bercerai cecara fasakh dengan Datin Seri Shahnas A. Majid adik kepada ratu jazz negara.

Dikhabarkan Datin Seri Shahnas mendapat habuan cerai dengan kos RM400 JUTA. Mahmud Abu Bekir Taib membayar wang mutuah sebanyak RM100 JUTA DAN HARTA SEPENCARIAN SEBANYAK RM300 JUTA.

Hebat sungguh anak menteri besar Sarawak, Jelas keluarga Taib Mahmud penyamun dan perampas harta rakyat dan mengumpul harat dan wang puluhan juta semasa menjadi ketua menteri Sarawak.

Mahmud Abu Bekir anak Taib Mahmud mempunyai ratusan ekar tanah, puluhanribu saham dalam syarikat milik keluarga Taib Mahmud. Abu Bekir dikatakan memiliki kereta mewah mencecah puluhan juta ringgit Malaysia.

Dimana Abu Bekir memperolehi wang berjuta ringgit?. Jawapannya untuk pembaca sekalian ialah merompak hasil bumi Sarawak dan menjadikan hasil bumi dan seluruh kontrak besar berharga puluhan juta ringgit dimiliki oleh kaum keluarga Taib Mahmud.

petikan dari harakahdaily.my

Pemimpin Umno Boros Guna Duit Rakyat – RM49 juta Biaya Kediaman Najib Dan Muhyiddin !

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

“Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,” katanya.

petikan dari harakahdaily

Pemimpin Umno ‘joli’ Dengan Duit Rakyat – Kos Lawatan Najib/Rosmah Mencecah RM17 Juta, Muhyiddin/Isteri – RM8 Juta!

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.

petikan dari harakahdaily