UMNO Selangor Bina Pangsapuri Mewah Atas Tanah Diperuntuk Kompleks Sukan

PC-Ng-Suee-Lim-SAT1M-Taman-Seri-Muda-02

SHAH ALAM 24 JAN : Dahulu, masyarakat sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda sepatutnya mendapat sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti bagi tujuan riadah dan majlis keramaian mereka.

Tetapi akibat daripada campurtangan politik pada zaman pentadbiran Umno-BN, tanah tujuh ekar untuk projek-projek tersebut telah digunakkan untuk mendirikan sebuah projek pangsapuri mewah dengan 691 unit.

Projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat dengan itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.

Beliau yang juga Adun Sekinchan mendakwa tanah di Taman Sri Muda itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana tiga ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

“Bagaimanapun selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

“Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

“MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar,” katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei.

Suee Lim menambah pada tahun 2005, sebanyak 11 permohonan dari syarikat swasta untuk membina bangunan kediaman atau perniagaan.

Tetapi permohon juga diterima untuk membina kompleks sukan itu, iaitu daripada bekas Adun Seri Muda ketika itu Datuk Amzah Omar.

“Oleh kerana kroninya, mereka memberikan kepada beliau yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata skandal yang dinamakannya “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) itu merupakan satu lagi bukti penyelewengan yang dilakukan Umno-BN.

“Menjadi pertikaian skandal SaT1M ini apabila kita dapat lihat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipergunakan oleh parti politik mereka (Umno-BN).

“Hasil kerjasama Umno-BN dan pemaju membolehkan parti itu mendapat keuntungan berjuta ringgit. Harga seunit pangsapuri ini kini mencecah lebih RM250,000,” katanya.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan pihak yang terlibat dalam perkara terbabit membayar sejumlah wang kepada MBSA berikutan tanah milik MBSA yang turut diambil bagi kegunaan pembangunan itu.

-selangorku

Share

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s