RM12 Juta Wang Rakyat Diguna Selenggara Kediaman Rasmi Najib, Muhyiddin?

KUALA LUMPUR:Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana (gambar), kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri dalam jawapan itu memberitahu kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00)

-harakahdaily

Share

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s