Anifah Aman Diberi Lesen Balak Bernilai RM400 Juta Oleh Abangnya, KM Sabah Musa Aman?

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Laman itu mendakwa memiliki dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang siasatannya didakwa memutuskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen daripada sebahagian siasatan terhadap penyelewengan balak selepas agen dan penama bagi Musa, Michael Chia, ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta keluar daripada Hong Kong pada 2008.

“Bagaimanapun, siasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan hasilnya kekal rahsia, sehingga sekarang,” lapor Sarawak Report lagi.

(Dokumen SPRM – Sykt Aktif Syabas Dan Para Era Sdn. Bhd. adalah syarikat milik ahli keluarga terdekat Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.)

(AG Gani Patail mempunyai talian keluarga dengan KM Sabah punca AG tidak membuat pendakwaan keatas salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan DS Anifah Aman dan Musa Aman)

maklumat lanjut klik disini

KUALA LUMPUR 9 April: KEADILAN memberikan masa seminggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap skandal balak melibatkan penyelewengan lebih RM400 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran itu hari ini susulan pendedahan Sarawak Report yang mendakwa Menteri Luar, Anifah Aman menerima lesen balak yang lumayan yang diberikan adiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Menurut Rafizi, KEADILAN menubuhkan satu pasukan khas bagi mengumpul maklumat dan dokumen berhubung skandal itu yang turut melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail – yang enggan mengheret Anifah dan Musa Aman ke muka pengadilan berhubung kes itu.

Pasukan khas itu, menurutnya, diketuai peguam Darell Leiking yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Cabang Penampang, Sabah.

“Beliau (Darell) menemu ramah ramai saksi yang terbabit dan sedang mengumpulkan dokumen penuh setakat ini. Kami boleh dedahkan kepada media bahawa dokumen itu mempunyai beribu-ribu muka surat, termasuk salinan penyata bank yang menunjukkan pelbagai urusniaga dan pemindahan berlaku,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Rafizi, KEADILAN yakin bukti-bukti yang dikumpulkan itu mampu mensabitkan ketiga-tiga tokoh dalam skandal yang jumlahnya lebih besar daripada penyelewengan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau berkata, bukti-bukti itu akan didedahkan secara berperingkat sehinggalah kesemua yang bertanggungjawab diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Beberapa tahun lalu Sarawak Report melaporkan Anifah Aman merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan lumayan yang mengeksploitasi hutan simpan di Sabah. Konsesi itu diperolehi dari saudaranya sendiri, Musa Aman.

Sarawak Report turut mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah melakukan rasuah dengan menganugerahkan lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.

Namun, siasatan itu disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu dirahsiakan, sehingga kini.

-keadilandaily

Share

About these ads

One thought on “Anifah Aman Diberi Lesen Balak Bernilai RM400 Juta Oleh Abangnya, KM Sabah Musa Aman?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s