Monthly Archives: February 2012

UMNO/BN Gagal Tadbir MAS – Syarikat Penerbangan MAS Rugi Besar RM2.5 Bilion !

UMNO/BN Gagal Tadbir MAS – Syarikat Penerbangan MAS Rugi Besar RM2.5 Bilion !

Malaysiainsider hari ini melaporkan kerugian besar yang dialami Syarikat Penerbangan Negara MAS.  Amat mengejutkan kita apabila MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahu 2011.

MAS melaporkan kerugian sebanyak rm1.28 bilion yang dialaminya bagi suku keempat bagi tahun 2011.

Kerugian ini melebihi jumlah kerugian yang dialami dari suku pertama ke suku ketiga tahun 2011.

CEO System Penerbangan Malaysia MAS, Ahmad Jauhari Yahya menyebutkan kerugian berpunca dari kenaikkan 25% bahan api pesawat dan 50% kenaikkan perbelanjaan bukan bahan api.

Kegagalan kerajaan UMNO/BN tadbir syarikat penerbangan milik negara bermakna rakyat menanggung kerugian besar ini.

Untuk meneruskan operasi syarikat yang rugi ini semestinya Read the rest of this entry

MP UMNO Datuk Abdul Rahman Bakri Didapati Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM80,000 !

MP UMNO Datuk Abdul Rahman Bakri Didapati Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM80,000 !

SHAH ALAM 29 Feb: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa Read the rest of this entry

SKANDAL NFC – Buka Perniagaan Pasar Raya Mewah Di Singapura Guna Wang Rakyat?

SKANDAL NFC – Buka Perniagaan Pasar Raya Mewah Di Singapura Guna Wang Rakyat?

PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium  di republik  itu.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.

Siasatannya  mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd  menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Read the rest of this entry

Penyenaraian FELDA (FGVH) – Usaha Memindahkan Wang Felda Pada Kerajaan UMNO/BN ?

Penyenaraian FELDA (FGVH) – Usaha Memindahkan Wang Felda Pada Kerajaan UMNO/BN ?

SHAH ALAM, 24 FEB: PKR melihat usaha kerajaan untuk menyenaraikan kepentingan warga Felda di pasaran terbuka sebagai usaha jahat untuk memindahkan wang rakyat Felda kepada kerajaan.

Ikuti kenyataan bersama Pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Biro Felda dan Orang Asli, Suhaimi Said.

Keputusan Kerajaan BN mengenepikan terus pandangan dan penyertaan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mewakili kepentingan peneroka dan kakitangan Felda bermakna proses penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVB) yang cuba dilakukan akan membelakangkan dan mengorbankan kepentingan Read the rest of this entry

Isa Samad, Najib Akan Mufliskan FELDA, FGVH Akan Rugi RM2 Bilion Setahun, Jika Disenarai !

Isa Samad, Najib Akan Mufliskan FELDA, FGVH Akan Rugi RM2 Bilion Setahun, Jika Disenarai !

SHAH ALAM, 22 FEB: Analisis untung rugi terhadap keputusan menyenaraikan Felda Group Venture Holding (FGVH) yang dibuat oleh bekas Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop mendapati Felda akan kehilangan pendapatan sebanyak RM1.950 billion setahun.

Dr Rosli juga berkata Felda sekarang mempunyai pendapatan purata dari 2007 ke 2010 yang berjumlah RM2.458 billion setahun.

Tetapi Felda hanya akan memperoleh pendapatan RM508 juta setahun jika FGVH disenarai. Ini bermakna Felda akan hilang RM1.950 billion setahun, kata presiden (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ANAK Mazlan Aliman.

“Berdasarkan analisis di atas, ANAK menyeru kepada seluruh warga Felda, para peneroka dan anak-anak peneroka membuat pertimbangan yang mendalam sebelum bersetuju dengan apa-apa rancangan pelaburan yang dipaksakan Read the rest of this entry

Tun Zaki Azmi, Hafarizam Harun Dapat Projek Lebuhraya RM2.2 Bilion – Bantu BN Merampas Perak !

Tun Zaki Azmi, Hafarizam Harun Dapat Projek Lebuhraya RM2.2 Bilion – Bantu BN Merampas Perak !

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

“Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

“Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Read the rest of this entry

MENGEJUTKAN! – 40 Kapal Dagang Berlayar Dari Port Haifa ISRAEL Ke Malaysia Dalam 2 Minggu ?

MENGEJUTKAN! – 40 Kapal Dagang Berlayar Dari Port Haifa ISRAEL Ke Malaysia Dalam 2 Minggu ?

Memang mengejutkan! Carian jadual pelayaran dalam laman web linescape,  menunjukkan 40 buah kapal2 dagang dari pelabuhan Haifa di Israel berlayar ke Pelabuhan Kelang dalam tempoh hanya 2 minggu sahaja iaitu dari 20 Feb hingga 5 March! Read the rest of this entry

Skandal UMNO Selangor – UMNO Tanjong Karang Jual Tanah Kerajaan Negeri Kepada 2 Syarikat !

Skandal UMNO Selangor – UMNO Tanjong Karang Jual Tanah Kerajaan Negeri Kepada 2 Syarikat !

TANJUNG KARANG, 17 FEB: Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan.

Tanah tersebut dikatakan telah ‘dianugerahkan’ oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan ‘untung atas angin’.

Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.

Demikian menurut Read the rest of this entry

Isteri Muhyiddin Beli 18 Pasang Kasut, Beg Tangan Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Ala Rosmah?

Isteri Muhyiddin Beli 18 Pasang Kasut, Beg Tangan Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Ala Rosmah?

Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu.

Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudung itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini.

Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan Read the rest of this entry

Bekas Bendahari UMNO Selangor Pecah Amanah, Seleweng RM18.85 Juta Wang Kerajaan Negeri ?

Bekas Bendahari UMNO Selangor Pecah Amanah, Seleweng RM18.85 Juta Wang Kerajaan Negeri ?

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.

“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam Read the rest of this entry

Negara Rugi RM495 Juta Setahun Akibat ‘Kebodohan’ Umno/BN Buat Kontrek Beli Gula !

Negara Rugi RM495 Juta Setahun Akibat ‘Kebodohan’ Umno/BN Buat Kontrek Beli Gula !

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan kerajaan Umno BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun, menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.

Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap Read the rest of this entry

Skandal Tajudin/Danaharta – Apakah Tajudin Ramli Tidak Perlu Bayar Danaharta RM589.4 Juta?

Skandal Tajudin/Danaharta – Apakah Tajudin Ramli Tidak Perlu Bayar Danaharta RM589.4 Juta?

Ini mungkin suatu kes yang amat membingungkan rakyat Malaysia.  Kerajaan melalui Danaharta yang sudah pun memenangi kes tuntutan bayaran rm589.4 juta daripada Tan Sri Tajudin Ramli kemudian membuat penyelesaian kes ini diluar makamah?

Apabila Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 mengarahkan  Tan Sri Tajudin Ramli membayar rm589.4 juta kepada Danaharta Berhad bermakna Danaharta sudah pun memenangi kes ini.

Sepatutnya Danaharta teruskan sahaja kes ini yang sudah pun dibawa ke Mahkamah Rayuan dan bukan menyelesaikan kes ini diluar mahkamah kerana wang rm589.4 juta ini adalah duit rakyat dan harus diselesaikan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab oleh pihak Danaharta Berhad!

Beginilah caranya Umno/BN memperbodohkan rakyat Malaysia, bagi menyelamatkan kroni mereka, Tajudin Ramli  daripada membayar rm589.4 kepada Danaharta Berhad bermakna rakyat akan menanggung segala Read the rest of this entry

Skim Kesihatan 1 Care – Kemana Hilang RM50 Bilion Dana Perubatan Dalam KWSP ?

Skim Kesihatan 1 Care – Kemana Hilang RM50 Bilion Dana Perubatan Dalam KWSP ?

KUALA LUMPUR 13 Febuari: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan ke mana hilangnya kira-kira RM50 bilion dana yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan kerajaan untuk mewujudkan sistem kesihatan nasional 1 Care, yang akan memotong 10 peratus daripada pendapatan rakyat.

“Sekiranya 1Care berjaya mengumpul dana yang besar, kita bimbang ia akan menjadi institusi mengumpul dana untuk tampung dana kerajaan.

“Nak keluarkan EPF bagi tujuan kesihatan pun bukan senang. Ia membuktikan kegagalan EPF. Sebab itu kerajaan perlukan sistem baru untuk mendapat dana seperti skim kesihatan 1 Care, sedangkan dana untuk perubatan dalam EPF sudah ada,” ujarnya.

Beliau mempersolkan tujuan dana kesihatan itu diwujudkan dalam Read the rest of this entry

Skandal Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Yayasan Taqwa Mohon RM1 Juta, Jamil Khir Lulus Rm4 Juta ?

Skandal Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Yayasan Taqwa Mohon RM1 Juta, Jamil Khir Lulus Rm4 Juta ?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

“Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

“Dalam pada itu juga permohonan Read the rest of this entry

ISA SAMAD Salah Guna Duit FELDA RM353,000 Dan Isterinya Guna RM17,875 Buat Rumah Terbuka ?

ISA SAMAD Salah Guna Duit FELDA RM353,000 Dan Isterinya Guna RM17,875 Buat Rumah Terbuka ?

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

“Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

“Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Read the rest of this entry

Kerakusan Pemimpin UMNO – Tanah Sekolah Agama ‘Dirampas’ Dan Diberi Kepada Pemimpin UMNO !

Kerakusan Pemimpin UMNO – Tanah Sekolah Agama ‘Dirampas’ Dan Diberi Kepada Pemimpin UMNO !

KUALA TERENGGANU: Pihak pentadbir Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka Terengganu yang mempunyai 700 pelajar mendakwa pihak berkuasa `merampas’ tapak tanah miliknya dan dibahagikan kepada pemimpin Umno setempat .

Guru Besar Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman mendakwa tapak seluas dua ekar itu diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi ahli JKKK.

.Berikutan itu, ibu bapa sekolah tersebut akan mengadakan perhimpunan bagi membantah rampasan tanah tersebut, Ahad ini.

“Seekar tanah dibahagikan kepada lima lot dan diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi  pengerusi JKKK dan AJK atas nama RTB Kolam Permai mukim Paka.

“Tanah sekolah yang asalnya berkeluasan 15425 meter persegi Read the rest of this entry

UMNO Khianati Peneroka – Minyak Sawit FELDA Dieksport Ke Negara Haram ISRAEL ?

UMNO Khianati Peneroka – Minyak Sawit FELDA Dieksport Ke Negara Haram ISRAEL ?

KUALA LUMPUR 9 Feb: Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.

Semalam, Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan dokumen membuktikan wujud hubungan dagang secara terus dengan Israel melibatkan syarikat Malaysia.

Dua dokumen itu, katanya, melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor yang didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.

“Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar Read the rest of this entry

GEMPAR ! Malaysia Lantik Syarikat Yahudi ‘Israel Funding Corp’ Sebagai Ejen Edar Minyak Sawit ?

GEMPAR ! Malaysia Lantik Syarikat Yahudi ‘Israel Funding Corp’ Sebagai Ejen Edar Minyak Sawit ?

Sangat menggemparkan apabila pemimpin Umno/BN dan media Umno yang sedang menyerang DS Anwar Ibrahim kononnya mempertahankan negara haram Israel, kita dapati sebuah laman web Israel – Israel Funding Corp – mendakwa mereka adalah ejensi mengedar minyak sawit mentah Malaysia keseluruh dunia. Read the rest of this entry

GEMPAR ! Syarikat JOHOR Berdagang Dengan ISRAEL – Eksport Minyak Sawit Ke Negara Yahudi !

GEMPAR ! Syarikat JOHOR Berdagang Dengan ISRAEL – Eksport Minyak Sawit Ke Negara Yahudi !

JOHOR 8 Feb: Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar Read the rest of this entry

Skandal NFC – Dua Lagi Kondo Mewah Bernilai RM34.6 Juta Dimiliki Keluarga Shahrizat Di Singapura?

Skandal NFC – Dua Lagi Kondo Mewah Bernilai RM34.6 Juta Dimiliki Keluarga Shahrizat Di Singapura?

PETALING JAYA 8 Feb: KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 Read the rest of this entry

Skandal RM43 Juta Tuntutan Palsu Kontrek UMS – Pemimpin UMNO/BN Sabah Disiasat SPRM ?

Skandal RM43 Juta Tuntutan Palsu Kontrek UMS – Pemimpin UMNO/BN Sabah Disiasat SPRM ?

SEORANG jurucakap Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke kampus itu berhubung dakwaan tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta.

Beliau, bagaimanapun, tidak mengesahkan jika ada mana-mana fail diambil oleh para pegawai itu kecuali UMS akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatannya.

Siasatan itu berhubung tuntutan palsu bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di universiti berkenaan.

Dilaporkan di sebuah akhbar harian kebangsaan, seorang ahli politik Read the rest of this entry

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) Berkempen Di Parlimen Jerai, Bakal Ditandinginya !

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) Berkempen Di Parlimen Jerai, Bakal Ditandinginya !

KUALA LUMPUR 2 Feb: PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai, Kedah.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

Mohd Nasaie berkata beliau difahamkan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Beliau bagi mesin rumput, pam racun… Hasil negeri Wilayah Persekutuan diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai,” kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan  Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden Read the rest of this entry

UMNO ZALIM – Skim Kesihatan 1 CARE Akan Ganti Hospital, Klinik Kerajaan, Kos Perubatan Rakyat Meningkat ?

UMNO ZALIM – Skim Kesihatan 1 CARE Akan Ganti Hospital, Klinik Kerajaan, Kos Perubatan Rakyat Meningkat ?

KUALA LUMPUR 1 Feb: Desas desus cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care yang bakal dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan rakyat menanggung beban lebih parah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Ini kerana katanya, rakyat akan diminta menyumbang 10 peratus melalui potongan pendapatan mereka kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan, sekiranya skim itu menjadi kenyataan.

“Melalui skim 1Care kerajaan akan melantik satu badan yang akan menguruskan skim ini yang mempunyai kuasa pemutus menentukan kehendak rakyat,”  katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

“Jangankan 10 peratus, satu peratus pun sudah cukup tinggi Read the rest of this entry

MENGEJUTKAN – Apakah ISRAEL Menguasai Malaysia Melalui Singapura ?

MENGEJUTKAN – Apakah ISRAEL Menguasai Malaysia Melalui Singapura ?

Oleh : PUDIN JUNIOR

SEJAUH manakah kebenaran kata-kata ini? Ia memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui ‘tali barut-tali barut’ asing di Malaysia.

Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura. Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura. Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara Pejabat Persekutuan dengan Ibu Pejabat Negeri.

Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui Read the rest of this entry

UMNO Pulau Pinang ‘Lesapkan’ RM1.1 Juta Peruntukkan Kerajaan Membantu 22 Keluarga Miskin Tegar ?

UMNO Pulau Pinang ‘Lesapkan’ RM1.1 Juta Peruntukkan Kerajaan Membantu 22 Keluarga Miskin Tegar ?

PULAU PINANG, 1 FEB: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meggesa Umno Pulau Pinang menjawab kemana hilangnya peruntukan RM1.1 juta yang diperuntukan Pusat untuk membantu 22 keluarga miskin tegar di negeri tersebut.

Menurut Lim, peruntukan dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLW) itu membolehkan 22 keluarga tersebut menerima RM50,000 setiap keluarga.

Kenyataan Lim tersebut ekoran Penasihat KLW yang juga Pengerusi Pehubungan Umno Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman dalam laporan media Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009.

Dalam kenyataan Zainal tersebut menyatakan kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah PR gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

Susulan itu, Zainal berkata peruntukan RM1.1 juta diperuntukan menerusi Skim Pembangunan Read the rest of this entry