Negeri JOHOR, Kubu Kuat UMNO Akan Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Pada PRU Ke 13?

KETIKA Barisan Nasional berangan-angan ingin merampas kembali negeri-negeri yang ditadbir oleh PR, tiba-tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS. Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu, pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR, tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan, Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO, kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah, PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.

Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih bernisbah 50-50.

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor. Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah, jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50%. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Jementah

2. Tenang

3. Bekok

4. Tangkak

5. Bentayan (DAP)

6. Yong Peng

7. Pengaram

8. Layang-Layang

9. Paloh

10. Puteri Wangsa

11. Johor Jaya

12. Stulang

13. Pangkalan Ranting

14. Skudai (DAP)

15. Nusa Jaya

16. Bukit Batu

17. Senai (DAP)

18. Mengkibol (DAP)

19. Pekan Nanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Segamat

2. Labis

3. Bakri

4. Tebrau

5. Pasir Gudang

6. Gelang Patah

7. Kulai

8. Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.

28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Buluh Kasap

2. Pemanis

3. Sg. Abong (PAS)

4. Maharani (PAS)

5. Tiram

6. Permas

7. Kempas

8. Bukit Permai

9. Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Sekijang

2. Ledang

3. Batu Pahat

4. Simpang Rengam

5. Sembrong

6. Johor Bahru

7. Pulai

8. Tanjung Piai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.

PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Kamelah

2. Jorak

3. Gambir

4. Bukit Naning

5. Parit Yani

6. Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Ayer Hitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.

Jika silap perkiraan, UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR

-sabahkini.net

Share

About these ads

12 thoughts on “Negeri JOHOR, Kubu Kuat UMNO Akan Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Pada PRU Ke 13?

  1. I am from johor and I can confirm that the mood of voters in Johor is as stated by the above article, Yes, Vote Pakatan Rakyat to Putrajaya!

  2. PR jgn mimpilah nak tawan Johor, ini tempat lahirnya umno, kami akan pertahankan negeri johor, hidup umno, mampos PR…puiiiiiiiiiiih

  3. hei binggong umno yg diasaskan olih dato onn dah lama dikuburkan olih mahakutty dan digantikan dg umno baru ada faham kalau tak faham tanya mamak kutty.

  4. Saya seorang belia dibawah 30 tahun. PRU13 adalah pilihanraya saya yang pertama. Saya secara peribadi telah kajian dikalangan saya seramai hampir 70 orang yg sebaya dengan saya. Keputusan hampir 53 orang memilih PR pada PRU13 dengan alasan mahukan perubahan. Sekiranya benar perangkaan tuan , besar kemungkinan Johor akan jatuh kepada PR.

  5. bagi saya jika orang cina menguasai negara orang melayu lebih baik berhijrah sebab masa tu orang melayu bukan setakat tak dapat memerintah negara, malah nak jadi menteri biasa pun tak dapat sebab melayu dah hilang hak dan dipandang hina oleh orang cina yang majoritinya pandai-pandai belaka.Orang melayu masa tu akan jadi terbiar dan susah nak dapat pelajaran.Apa yang saya cakap ni bukan nak hajar bembaca supaya tak menjadi patriotik tetapi ingatlah jika umno kalah seluruh malaysia melayu immediately akan jatuh.Mungkin orang melayu masa tu yang berhijrah akan dapat lebih baik di luar negara berbanding di malaysia sewaktu cina memerintah malaysia nanti.Orang cina diaorang utamakan bangsa cina dan india saja jika diorang dapat malaysia ni dan diaorang lagi suka melayu kita ni terbiar dan tak berpelajaran.Kalau anda nak tengok tanda-tanda melayu dah semakin jatuh,sekarang cuba tengok berapa ramai melayu yang jadi penagih dadah,mat rempit,miskin,tak berpelajaran berbanding kaum cina dan india yang pandai-pandai belaka.Kaum india yang 5-6 tahun dulu memang la kaum mundur dan india sekarang dah majoritinya berjaya dalam hidup mereka sedangkan melayu apa yang ada,Masa tu malaysia dan singapura mungkin bersatu sebab malaysia dah jadi milik orang cina.Saya ada seorang kawan . Abang .dia berpendidikan tinggi dan ada ijazah dari universiti washington di USA.Lepas habis pengajian dia pulang ke malaysia dan bekerja dekat sebuah syarikat milik orang cina.Ada orang cina rakan sekerja dia di syarikat tu dah la lulus SPM cina tu pun baru kerja di syarikat tu tapi gaji syarikat bayar sebanyak rm 4000 sebulan sedangkan dia hanya dapat gaji sebanyak rm 2800 sahaja.Kalau nak difikir dari segi pendidikan dia lagi tinggi daripada rakan sekerja cina tu tapi kenapa syarikat bayar gaji kurang lagi drpd cina tu.Cuba pembaca fikir.MENTANG-MENTANG La orang tu cina syarikat bayar cina tu gaji lebih.dan lepas setahun je dia pun berhenti dan sekarang dia kerja di london.Dia kata dia mungkin tak balik malaysia lagi sebab dia kata orang cina menguasai negara kita.Saya ingin minta maaf jika apa yang saya cakap ni menguris hati pembaca tapi ingatlah bila umno kalah melayu akan jatuh dan islam bukan lagi agama rasmi negara.Saya cakap ni sebab saya sayangkan bangsa saya iaitu bangsa melayu dan agama iaitu agama islam.

  6. saya bukan la berpihak kepada mana mana politik mahu pun umno atau pas.BAGI saya umno dengan pas dua-dua baik.Perbalahan umno dan pas yang melagakan orang cina juga lah.

  7. nmpk sgt melayu tu kuno..umno xda..melayu xda..cblh korang berdikari ckit..,xpyh brgantung ngan krajaan,kompem bangsa lain respect korang..ini bukan nk senang bukan senang,nk susah bkn susah..fikir2knlh..

  8. Umno sama ke dengan Pas? Mca sama ke dengan Dap? Najib sama ke dengan Tn Guru Nik Aziz? Sekular sama ke dengan Akidah ahli Sunnah? Pikir baik-baik. Kalau Allah tarik nyawa kita sekarang. Macam mana? Kena tanya pulak, kenapa sokong pemimpin yang tidak mahu menegakkan syariat Allah masa diberi peluang hidup di atas muka bumi ni ? Nak jawab apa nanti? Nak suruh Umno dan Bn jawabkan ke? Siapa yang cakap SEMUA orang Johor tak boleh terima Pas dan Pakatan? betulkan statement tu sikit. Jangan ingat awak sorang je anak Johor, kawan pun orang Johor jugak.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s