Pendedahan Wikileaks tentang kabel diplomatik antara Kedutaan Amerika di Malaysia dan di Washington telah mendakwa perolehan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan melibatkan komisyen rata-rata 30 peratus setiap pembelian.
Ia melibatkan ahli politik, agensi, pegawai kerajaan dan pegawai pertahanan, menurut laporan itu, kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.
Kedutaan Amerika itu juga mendapati bahawa pelbagai perolehan Kementerian Pertahan adalah tidak mematuhi peraturan perolehan (procurement rules).
Perolehan yang kerap dilakukan secara ‘runding terus’ atau ‘direct nego’, didakwa akan mengizinkan dana dibayar balik kepada ‘orang politik’ dalam setiap perolehan, katanya.
Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, yang paling masyhur adalah bayaran RM570 juta yang dibuat kepada syarikat Perimekar, milik Datuk Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan Najib yang memimpin pasukan pemikir Najib.
Di samping laporan Wikileaks itu, pertikaian yang telah pun Read the rest of this entry