Monthly Archives: October 2011

Umno ‘MERATAH’ KWSP – KWSP Beri Pinjaman RM55.10 Billion Tanpa Jaminan ! – Laporan Audit

Umno ‘MERATAH’ KWSP – KWSP Beri Pinjaman RM55.10 Billion Tanpa Jaminan ! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 28 Okt- Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status ‘meragukan’.

Ketuanya, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan Read the rest of this entry

Kerajaan UMNO Terengganu Beli Peralatan Sekolah Bernilai RM26 Dengan Harga RM73 – Laporan Audit

Kerajaan UMNO Terengganu Beli Peralatan Sekolah Bernilai RM26 Dengan Harga RM73 – Laporan Audit

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak membuat perjanjiandengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010.

Menurut lapuran itu, RM28.47 juta telah dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu.

Selain itu, proses rundingan harga kontrak tidak memenuhi garis panduan; kajian pasaran tidak dijalankan; bon pelaksanaan tidak dikeluarkan; pemeriksaan barangan yang diterima tidak dibuat; kelewatan agihan; bantuan tidak diagih ke semua daerah dan keluarga tidak layak turut menerima bantuan. Read the rest of this entry

Projek Komputer Sekolah – Hanya 2 Dari 300 Makmal Komputer Bernilai RM160.74 Juta Bolih Diguna – Laporan Audit

Projek Komputer Sekolah – Hanya 2 Dari 300 Makmal Komputer Bernilai RM160.74 Juta Bolih Diguna – Laporan Audit

PROJEK makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT disimpan di dalam kotak asalnya Read the rest of this entry

Beg Tangan Rosmah – 11 Beg Tangan Rosmah Bernilai RM5 Juta, NAZRI KENA JAWAB !

Beg Tangan Rosmah – 11 Beg Tangan Rosmah Bernilai RM5 Juta, NAZRI KENA JAWAB !

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin. Read the rest of this entry

MSN Beli 23 Ekor Kuda (Sukan) Berharga RM5.66 Juta, 18 Ekor Darinya ‘Luput Tarikh’ ! – Laporan Audit

MSN Beli 23 Ekor Kuda (Sukan) Berharga RM5.66 Juta, 18 Ekor Darinya ‘Luput Tarikh’ ! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.

Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.

Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria Read the rest of this entry

UMNO Seleweng Duit Rakyat – Suami Shahrizat Dapat RM250 Juta Bagi Projek Lembu Daging, Ternak 1,000 Ekor Sahaja !

UMNO Seleweng Duit Rakyat – Suami Shahrizat Dapat RM250 Juta Bagi Projek Lembu Daging, Ternak 1,000 Ekor Sahaja !

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan  Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada 20 Oktober lalu, satu pasukan peninjau yang diketuai Rafizi dan Read the rest of this entry

MENGEJUTKAN ! Kerajaan UMNO/BN Beli Teropong Bernilai RM2 Ribu Dengan Harga RM52 Ribu! – Laporan Audit

MENGEJUTKAN ! Kerajaan UMNO/BN Beli Teropong Bernilai RM2 Ribu Dengan Harga RM52 Ribu! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan  di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran Read the rest of this entry

Penyelewengan UMNO – MARA Membeli Peralatan Dengan Harga 100% Lebih Tinggi – Laporan Audit

Penyelewengan UMNO – MARA Membeli Peralatan Dengan Harga 100% Lebih Tinggi – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan untuk membeli peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dedah Laporan Audit 2010.

Beberapa barangan itu seperti ketuhar dibeli pada harga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419; Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding RM100; Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan berharga RM250 berbanding harga pasaran iaitu RM79 seunit dan Pengisar pada RM140 dan bukannya RM60.

Laporan tersebut juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka serta kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga mengesyorkan Giatmara menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut, lapor Malaysiakini.

Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

-keadilandaily

Share

Syarikat Pemimpin UMNO ‘GASAK’ Duit Rakyat – Terima Pendahuluan RM5 Juta Tapi Enggan Jalankan Projek !

Syarikat Pemimpin UMNO ‘GASAK’ Duit Rakyat – Terima Pendahuluan RM5 Juta Tapi Enggan Jalankan Projek !

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan mendakwa sebuah syarikat kontraktor milik pemimpin Umno negeri  tidak melaksanakan projek walaupun telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM5 juta.

Exco Datuk Husam Musa berkata, syarikat berkenaan mendapat projek pembinaan jalan raya empat lorong dari Kota Baru ke Melor.
Beliau ternyata berang dengan tindakan syarikat tersebut.

“Kembalikan wang pendahuluan itu jika tidak mahu bina jalan,” katanya tetapi tidak menyebut kos projek berkenaan.

Husam juga mendakwa kerajaan pusat meminggirkan projek pembinaan jalan dari Kota Baru ke Kuala Krai menyebabkan ia terpaksa dibina oleh kerajaan negeri.

Katanya, projek itu diluluskan untuk pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 tetapi akhirnya ditarik balik dengan alasan kerajaan pusat tidak ada peruntukan kewangan.

Projek tertangguh

“Jadi sudah 15 tahun projek itu tertangguh menyebabkan kerajaan negeri membina sendiri denmgan kerjasama syarikat swasta.

“Dan jangan kata ini projek pilihan raya umum ke 13,” katanya lagi.

Menurut Husam, kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada jalan tersebut akan dikenakan bayaran tol atau sebaliknya.

Katanya, ia tidak akan dikenakan bayaran tol jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukup.

Untuk itu, tambahnya  kerajaan negeri akan memastikan laluan pembinaan jalan berkenaan di atas tanah milik kerajaan dan mengurangkan pembinaan jambatan.

-FreeMalaysiaToday

Share

MB Perak, Zambry Kadir Jual Tanah Kerajaan Kepada Kroni Dibawah Harga Pasaran !

MB Perak, Zambry Kadir Jual Tanah Kerajaan Kepada Kroni Dibawah Harga Pasaran !

PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.

Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk  Sri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak”, kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.

“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar,” kata beliau lagi.

Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.

Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.

24, 500 hektar

Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.

Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.

Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.

- FreeMalaysiaToday

Share

Kroni UMNO Diberi Projek Pembinaan Hospital Wanita Di P.Pinang Bernilai RM900 Juta !

Kroni UMNO Diberi Projek Pembinaan Hospital Wanita Di P.Pinang Bernilai RM900 Juta !

KUALA LUMPUR 20 Okt: Jaminan Perdana menteri untuk melakukan tranformasi dan liberalisasi ekonomi hanya janji kosong apabila syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno terus menerima kontrak bernilai jutaan ringgit.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution merujuk penganugerahan tender bagi kontrak pembinaan Hospital wanita dan kanak-kanak kepada syarikat kurang dikenali, Najcom Sdn Bhd dan rakan kongsinya, UEM Group Berhad.

Menurut Saifuddin, pembinaan hospital itu dijangka mencecah kos antara RM700 juta hingga 900 juta yang turut dimasukkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentang 7 Oktober lalu.

“Najcom Sdn Bhd sebuah syarikat berasal dari Pulau Pinang itu merupakan kepunyaaan individu yang rapat dan berhubungan dengan Barisan Nasional.

“Projek terbesarnya setakat ini ialah Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia di USM berharga RM80 juta, dianugerahkan pada 2008,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan media.

“Selain ini, projek-projek Najcom Sdn Bhd ialah projek yang kebanyakannya kecil berharga di bawah RM10 juta; jarang sekali sebuah syarikat sebegini padan dengan pengalaman dan saiz untuk menjalankan projek nasional berharga hampir RM1 bilion,” kata Saifuddin.

Saifuddin berkata, UEM juga diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Umno sejak bertahun-tahun, lantaran itu, adalah meragukan projek mahal berkenaan merupakan inisiatif pembiayaan swasta.

“Tidak ada keraguan kerajaan akan terlibat membiayai kewangan projek berkenaan dengan pelbagai cara- samada melalui jaminan pinjaman kerajaan untuk  syarikat kurang dikenali ini atau penganugerahan aset kerajaan.

“BN telah melakukan kaedah pembiayaan melalui pintu belakang ini dalam banyak projek awam yang diumumkan sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pada 2009, termasuk RM55 bilion projek MRT dan pembangunan semula tanah kerajaan di Sungai Buluh dan Sungai Besi oleh entiti swasta,” ujarnya.

Kata Saifuddin, rakyat wajar mengetahui butiran penuh anugerah itu kepada Najcom Sdn Bhd dan Kumpulan UEM Berhad, termasuk kaedah pembiayaan yang  dicadangkan, perbandingan nilai oleh pembida lain dan pertimbangan utama mengenai keupayaan dan pengalaman kewangan Najcom untuk menjalankan projek sebesar itu.

“Negara tidak lagi boleh menampung satu lagi kegagalan projek awam pada masa akan datang yang dibebani dengan hutang yang sangat besar terutama apabila BN hampir mencecah had hutang yang ditetapkan parlimen,” kata Saifuddin

-keadilandaily

Share

Pemimpin UMNO GILA SEKS ! – Tayang Video Lucah Di Majlis Rasmi Kerajaan !

Pemimpin UMNO GILA SEKS ! – Tayang Video Lucah Di Majlis Rasmi Kerajaan !

IPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, “PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah”.

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

“Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti,” ujar beliau.

- cina islam

Share

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) – UMNO Dibelakang Penganjuran HIMPUN Bagi Meraih Undi Melayu Di PRU Ke13 ?

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) – UMNO Dibelakang Penganjuran HIMPUN Bagi Meraih Undi Melayu Di PRU Ke13 ?

Umno kini sudah hilang arah bagi menghadapi PRU ke13!  Berbagai cara dilihat dilakukan Umno bagi mengembalikan sokongan pengundi melayu yang semakin hari semakin hilang keyakinan mereka terhadadap Umno.

Oleh itu, Umno akan melakukan apa sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka termasuk menganjur perhimpunan sejuta umat ini dengan memperkudakan NGO-NGO Islam.

Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan mereka yang sealiran dengan umno seperti yang dilaporkan dibawah ini.

(petikan dari Malaysiakini)

Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.

Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

“Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal.

“Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.

“Pihak yang benarkan perhimpunan akan tentukan perjalanan itu (berlangsung dengan baik),” katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Beliau turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan – “untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat.”

“Jadi itu berbeza daripada tunjuk perasaan yang bersifat marah dan sebagainya,” katanya lagi ketika ditanya.

————————————————————————————————————–

(petikan dari Malaysiakini)

Pemuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal.

“… Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini,” katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.

——————————————————————————————————————-

(petikan dari Malaysiakini)

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.

“Kita pun tak berminat (berucap),” katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.

“(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.

“Tapi kita sokong dan akan turut serta dalam perhimpunan itu.

“Malah PERKASA turut diundang secara rasmi pada awal lagi untuk menyatakan sokongan,” katanya lagi.

——————————————————————————————————————-

(petikan dari Agendadaily)

Polis meminta pihak yang menyebarkan dakyah tidak benar mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya mengeluarkan permit kepada penganjur HIMPUN kerana yakin ia akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas.

“Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu,” katanya. 

Berdasarkan pada kenyataan-kenyataan diatas, jelas bahawa penyatuan melayulah sebenarnya menjadi  agenda tersirat dalam perhimpunan ini!

Agenda penyatuan melayu yang dijaja Umno dari dulu lagi adalah bagi mengembalikan pengundi melayu kembali sokong Umno.

Kalau yang menyokong dan mempertahankan HIMPUN adalah menteri Umno, Perkasa, pemuda Umno serta polis memberi jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan permit pula diberikan dengan mudah membayangkan adanya penglibatan suatu ‘kuasa’ dibelakang penganjuran HIMPUN ini!

Apabila penganjur NGO Bersih 2.0 memberi jaminan bahawa perhimpunan mereka pada  9hb July lepas akan berjalan dengan aman, polis tidak mahu beri permit tetapi apabila NGO-NGO Islam (UMNO?) menganjurkan perhimpunan yang mempunyai risiko ketegangan agama di negara ini, polis bukan sahaja memberi permit, tetapi turut menyokong dan mempertahankannya…sungguh ajaib!

Kenyataan Polis serta Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Jamil Khir menunjukkan mereka benar-benar mahu penyertaan seluruh umat Islam dalam perhimpunan tersebut supaya mudah mereka dapat meyakinkan umat Islam bahawa Islam berada dalam keadaan yang membimbangkan angkara kristianisasi!

Mungkin inilah diantara sebab kenapa PAS tidak mahu menyertai HIMPUN.  PAS dapat menghidu, adanya tangan ghaib dibelakang penganjuran HIMPUN ini.

Walaupun PAS memberi alasan bahawa mereka menghormati keputusan penganjur yang tidak mahu pembabitan politik dalam perhimpunan itu, kita percaya PAS lebih arif dalam mainan politik UMNO!

-saronglama

Share

UMNO MELINGKUP NEGARA – Hutang Negara Kini RM437.2 Billion !

UMNO MELINGKUP NEGARA – Hutang Negara Kini RM437.2 Billion !

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

-harakahdaily

UMNO MENGGANAS! – ADUN Umno Johor Dipercayai Upah Mat Rempit Mengganas Diceramah Mat Sabu ?

UMNO MENGGANAS! – ADUN Umno Johor Dipercayai Upah Mat Rempit Mengganas Diceramah Mat Sabu ?

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat.

Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che’guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah.

Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama.

Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM.

Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola. baca lagi…

Share

UMNO Bayar 200 Cyber Troopers Pro-Kerajaan Gunakan Duit Rakyat ?

UMNO Bayar 200 Cyber Troopers Pro-Kerajaan Gunakan Duit Rakyat ?

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

“Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain,” kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

“Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia,” tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

-harakahdaily

Share

UMNO Kayakan Kroni – Jho Low Mempengaruhi Najib Dalam Pembentangan Bajet 2012 ?

UMNO Kayakan Kroni – Jho Low Mempengaruhi Najib Dalam Pembentangan Bajet 2012 ?

KUALA LUMPUR: Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).

“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu, dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion dalam Petrosaudi International Limited yang kemudian melabur lebih RM1.5 bilion dalam UBG Berhad.

UBG Bhd ialah syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mana Jho Low merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi  yang dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat Belanjawan 2012 lebih mementingkan projek-projek yang bersifat ‘projek Taek Jho Low’ dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat seperti projek tebatan banjir di negeri Kelantan, Kedah dan Sabah.

“Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?” soal beliau seperti dilapor Harakahdaily.

Sebelum ini menjadi pengetahuan umum Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan jutawan muda tersebut.

Malah Jho Low baru-baru ini mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah dan turut dilapor memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1MDB.

Pada Jun 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

KEADILAN sebelum ini turut mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.

-keadilandaily

Share

Najib Habiskan Duit Rakyat Lebih RM1 Juta Semasa Lawat Kazhakstan, Urus Perkahwinan Anak !

Najib Habiskan Duit Rakyat Lebih RM1 Juta Semasa Lawat Kazhakstan, Urus Perkahwinan Anak !

KUALA LUMPUR: Ketika negara mengalami defisit 14 tahun berturut-turut, jumlah hutang negara meningkat dan rakyat dibeban  kenaikan kos sara hidup,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula sewenang-wenangnya menghabiskan lebih RM1 juta untuk melawat Kazakhstan.

Kementerian Luar Negara hari mendedahkan perbelanjaan lawatan dua hari perdana menteri ke negara itu di dewan rakyat hari ini.

Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam pada Jun lalu.

Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan kos tersebut ketika menjawab soalan bertulis  ahli parlimen Batu, Tian Chua, lapor Malaysiakini.

Tian dalam soalannya bertanya mengenai jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth, Australia pada hari kemerdekaan lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Namun Dewan Rakyat  minggu lalu diberitahu kos sewa sebuah pesawat yang digunakan ketika lawatannya ke Perth menelan belanja sebanyak RM9.1 juta.

Tahun lalu, Dewan Rakyat  dimaklumkan  Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

-keadilandaily

Share

Cincin Rosmah RM24 Juta – Jawapan Datuk Nazri Meragukan, Cincin Tidak Diikrar Keluar Semula !

Cincin Rosmah RM24 Juta – Jawapan Datuk Nazri Meragukan, Cincin Tidak Diikrar Keluar Semula !

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan apakah tujuan sebenar cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dibawa keluar selepas masuk ke negara ini.

Menurutnya, sekiranya berlian itu dibawa  untuk tujuan pameran dan dibawa keluar semula, ia perlu diikrar atau menggunakan borang khas oleh Jabatan Kastam di Raja Malaysia (KDRM).

“Kalau masuk untuk pameran seharusnya prosedur borang berbeza iaitu borang carnet atau seharusnya perlu diikrarkan dalam borang itu barang untuk pameran dan akan keluar semula,” katanya kepada keadilan daily.com.

Beliau mengulas pengesahan Jabatan Kastam di Raja Malaysia berhubung kemasukan cincin berkenaan, seperti yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng itu, Nazri berkata berlian itu dihantar kembali kepada syarikat pengeluar cincin berkenaan, selepas beberapa hari memasuki negara ini.

Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, sejurus selepas mendedahkan maklumat tersebut di blognya pada 8 Julai 2011, blogger upahan Umno menjawab kononnya cincin itu dibawa masuk ke Malaysia untuk pameran sulit.

“Mereka turut menyiarkan salinan borang. Namun banyak keraguan antaranya pindaan tanpa pengesahan dan tanda tangan pegawai kastam di lokasi, tetapi ditandatangani pegawai yang bertugas di bahagian latihan pusat,” kata beliau.

Menurutnya lagi, beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 13 Julai lalu, yang membawa siasatan terhadap seorang pegawai syarikat kargo bernama A Krishnan, namun ia terhenti begitu sahaja.

“Tindakan SPRM lepaskan laporan ini cukup untuk buktikan dokumen saya betul dan sah,” kata Chegu Bard.

Badrul berkata, bekas anggota Parti Keadilan Nasional, Anuar Shaari yang kini menyertai Umno, sebelum ini turut mengakui berlian itu dibeli oleh besan kepada Najib dan Rosmah di Kazakhstan, Maira Nazarbayev.

“Bagaimana pula dengan Anuar Shaari yang muncul dan kata dalam media yang cincin itu dibawa masuk oleh Maira (besan) Rosmah yang gambar (menunjukkan) seolah itu hadiah,” kata Badrul.

-keadilandaily

Pemimpin Umno Gila Kuasa – Isa Samad Lantik Dirinya Sendiri Sebagai Pengerusi Permodalan Felda Bhd !

Pemimpin Umno Gila Kuasa – Isa Samad Lantik Dirinya Sendiri Sebagai Pengerusi Permodalan Felda Bhd !

TEMERLOH, 5 Okt: PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.

Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau dipercayai mengulas laporan langkah Isa melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF, sebuah koperasi yang dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda.

“KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF.

“Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli,” kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim yang tinggal di kawasan Felda Jengka, Pahang, yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri-sendiri untuk menerajui KPF.

Ia pula dibuat berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.

Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda, katanya, ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri.

“Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini  yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF,” katanya.

Bagi beliau, walaupun kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda, banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat.

Antaranya:

1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.

2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.

“Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.

-harakahdaily

Share

RM9 Juta Sewa Pesawat Khas Yang Membawa Najib Bercuti Di Perth, Australia !

RM9 Juta Sewa Pesawat Khas Yang Membawa Najib Bercuti Di Perth, Australia !

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat

-harakahdaily

Umno Gunakan Kos Tambahan Bina Istana Negara RM400 Juta Biaya Kempen Pilihan Raya PRU Ke13 ?

Umno Gunakan Kos Tambahan Bina Istana Negara RM400 Juta Biaya Kempen Pilihan Raya PRU Ke13 ?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM800 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta.

Azan berkata, selepas sesuatu belanjawan dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno.

“Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan,”  katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook.

Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno.

“Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00

Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51

Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta.

Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat (gambar) yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah.

Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai ‘DORMANT’ oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record’ dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen ‘PKK’ yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan ‘CIDB’ yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah.

-keadilandaily

Share

Skandal Scorpene – Najib Akan Disepina Mahkamah Perancis Berhubung Rasuah Pembelian Kapal Selam – Suaram

Skandal Scorpene – Najib Akan Disepina Mahkamah Perancis Berhubung Rasuah Pembelian Kapal Selam – Suaram

LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.

Katanya,  perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri  mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.

-keadilandaily

Share

UMNO TIADA MORAL – Tawar ADUN DAP RM150,000, 50 Ekar Tanah, Jadi Wakil Rakyat Bebas !

UMNO TIADA MORAL – Tawar ADUN DAP RM150,000, 50 Ekar Tanah, Jadi Wakil Rakyat Bebas !

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Johor  Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran  sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah,  elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13).

Dalam pendedahannya itu, Gwee berkata beliau dihubungi seorang lelaki pada Selasa lalu yang memperkenalkan diri sebagai Wee Pao Chin daripada Persatuan Berketurunan Wee Bersekutu Johor Bahru menyatakan hasrat ingin membantunya menguruskan Pejabat Pusat Khidmat Bentayan.

Pertemuan kemudiannya berlaku disebuah restoran di Muar pada malam keesokannya antara Gwee serta isteri dengan Wee dan seorang lelaki berbincang mengenai tawaran tersebut.

Gwee mendakwa, Wee juga mahu menghadiahkannya dua buah ‘angpau’ besar selepas selesai pertemuan makan malam itu namun beliau menolak.

“Beliau kata kepada saya ‘jangan risau’ dan meyakinkan wang ditawarkan itu semuanya datang daripada kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Perbualan telefon

Lelaki itu yang dikenali sebagai Rahim diperkenalkan sebagai pembantu politik di Pejabat Perdana Menteri, manakala Wee mendakwa dirinya bekerja di Felda Plantation, selain membantu Perdana Menteri menyelesaikan krisis politik dan ekonomi masyarakat Cina di Johor.

Wee yang sempat dirakam perbualannya melalui telefon semalam juga berjanji untuk berjumpa Gwee sekali lagi di sini pada hujung minggu ini sebelum dibawa berjumpa Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin depan untuk berbincang lanjut.

Melalui perbualan itu juga, Wee menawarkan Gwee jaminan keselamatan dengan bantuan Cawangan Khas (SB) termasuk menawarkan pengawal keselamatan peribadi untuk ‘menjaga’ Gwee sekeluarga daripada sebarang ancaman.

Merasakan dirinya masih mempunyai integriti, Gwee kemudiannya melaporkan insiden itu kepada pemimpin tertinggi DAP bagi mendapatkan bantuan nasihat.

Katanya, tawaran itu berkemungkinan datang selepas dirinya digantung selama enam bulan kerana melanggar disiplin parti yang berkuatkuasa 23 September lalu.

“Saya rasa bodoh dan bosan (dengan tawaran itu). Saya masih Adun DAP. Saya hendak beritahu Barisan Nasional (BN) tak semua Adun dan Ahli Parlimen  DAP boleh dibeli,” katanya yang kelihatan menitiskan air mata.

“Saya sayang parti saya. Parti saya hanya DAP,” katanya.

Buat laporan polis dan SPRM

Sementara itu, Setiuasaha Publisiti DAP Tony Pua berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana wujud unsur penyelewengan untuk memujuk wakil rakyat lompat parti dan isytihar diri sebagai Bebas.

“Kita ada bukti identiti diri individu terbabit, rakaman perbualan yang sempat direkodkan,” katanya.

Sehubungan itu, Tony mensedak Najib segera menafikan jika beliau ada kaitan dengan insiden ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit yang mengaku mempunyai kaitan dengan Pejabat Perdana Menteri.

“Kami berbangga dengan Gwee kerana beliau tak macam wakil rakyat lain yang sanggup lompat demi wang,” katanya.

Difahamkan,Persatuan Berketurunan Wee Bersekutu Johor Bahru merupakan persatuan bagi ahli-ahli perniagaan termasuk Datuk Dr Wee Ka Siong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata pihaknya akan bermesyuarat pada minggu depan bagi berbincang dan memutuskan kedudukan Gwee selepas ini.

“Sama ada untuk mengurangkan tempoh penggantungan Gwee atau tidak, pemimpin tertinggi akan memutuskannya selepas mesyuarat pada 7 Oktober depan.

“Penduduk Bentayan sepatutnya berbangga dengan wakil rakyat mereka yang tidak mengkhianati amanah rakyat semata-mata demi wang.

“Kalau tak, sudah tentu beliau akan jadi jutawan dengan 50 ekar tanah itu,” katanya berseloroh.

Share