Selepas Cincin Rosmah RM73.45 Juta, Berapa Pula Harga Gelang Tangan Rosmah ini ?

Free Malaysia Today hari ini melaporkan tentang  suatu lagi pemilikkan Imelda Rosmah, kali ini, gelang tangan Rosmah.  Semalam banyak blog dan web telah mempersoalkan cincin berlian bernilai rm73.45 juta yang dibeli Rosmah dari Jacob & Co, berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Rosmah Memiliki Jam Tangan Bernilai RM350,000

Hari ini, Blog “Semut Dan Papan Kekunci” telah memuatkan gambar-gambar gelang tangan Rosmah, dimana ia menyerupai  “koleksi Zebra Safari” yang didapati dilaman web Jacob & Co., yang berpusat di New York dan mempersoalkan nilai barang-barang kemas tersebut.  Laman web tersebut mencatatkan  barang kemas tersebut adalah seberat 65.77 karat dalam 18k emas putih.

Apabila FMT memeriksa harga barang kemas tersebut dengan peniaga barangan kemas tempatan, mereka berpendapat bahawa ia mungkin melebihi rm100 ribu lebih sekarat!

Mereka juga berpendapat harga tersebut mungkin jauh lebih tinggi berdasarkan  jenama barang kemas tersebut.

(FMT kemudian telah mendapatkan harga bagi sepasang gelang tersebut dari Jacob & Co. melalui E-mail.  Jacob & Co. menjelaskan,  harga bagi gelang tersebut ialah RM1.6 juta)

Selain itu, blogger tersebut juga mendapati syarikat Jacob & Co. adalah milik yahudi yang bernama Jacob Arabo !  Suami Rosmah, Najib Tun Razak telah mengkritik Anwar Ibrahim sebagai talibarut Yahudi, namun, isterinya pula mengkayakan peniaga yahudi!

Dalam perkembangan lain,  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), telah membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat tentang cincin Rosmah yang bernilai RM73.45 juta.

Kini, Rosmah perlu segera menafikan atau memperjelaskan kedudukan barang-barang kemas tersebut.  Sekiranya Rosmah mengakui bahawa beliau memang memiliki barang kemas tersebut, sila nyatakan duit siapa yang digunakan bagi membelinya.

Sekiranya dibeli dengan duit sendiri, jelaskan dari mana Rosmah mendapat duit yang begitu banyak.  Sekiranya dihadiahkan, sebutkan sebab apa seseorang perlu menghadiahkan beliau barangan mewah yang begitu mahal, kerana, kontrek, tender?

Kalau cincin dan gelang tangan Rosmah sahaja bernilai rm100 juta, berapakah keseluruhan nilai harta dan kekayaan keluarga Najib sebenarnya.  Mungkin menyamai Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud !

-saronglama

Share

About these ads

14 thoughts on “Selepas Cincin Rosmah RM73.45 Juta, Berapa Pula Harga Gelang Tangan Rosmah ini ?

  1. Jacob Arabo (a.k.a. “Jacob the Jeweler”, born Yakov Arabov) is a famed Bukharian-American Jewish jeweler who is owner and founder of Jacob & Company. He is also well known for providing watches and other jewelry to hip hop artists, National Basketball Association players, and other celebrities like Sir Elton John, Bono, David Beckham and Rudy Giuliani in the United States.

  2. haip!!!…dia simpan duit dr kecik laa….agaknye bape poseng dia simpan dlm tabong aaa???… aku pun nak gak gelang camtu….tp corak zirafah….

  3. Inilah 1 MALAYSIA yang dibangga-banggakan….. Habis satu malaysia dia sapu kat dia sorang… 1 MALAYSIA AKU SAPU….

  4. Tapi aku dengar cite dia kumpul wang dari umur kecik lagi… logik jugak tu… sebab dia pon bukan orang miskin…. tengok portfolio dia… dia orang hebat…. tentu banyak duit….. logiklah kalau dia himpun sendiri. Sekarang umur Datin 60 tahun, kalau dia kumpul bermula umur 10 tahun, secara kasarnya dia mengambil masa 50 tahun. Sekiranya betul cincin tu berharga RM73,000,000.00, kalau dikira secara puratanya, lebih kurang RM4055.00 sehari Datin kena menabung. Tentulah dia mampu sebab Datin ni memang orang kaya dan dia orang yang hebat dan berkedudukan.

    Nama : Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

    Tarikh Lahir : 10 Disember 1951

    Tempat Lahir : Kuala Pilah, Negeri Sembilan

    Pendidikan :
    1964 – 1970 Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
    1971 – 1974 B.A. (Hons) Antropologi & Sosiologi – Universiti Malaya.
    1977 – 1978 M.Sc Sosiologi & Agrikultur Lanjutan – Lousiana State,

    University USA

    Portfolio :

    1975 Eksekutif – Bank Pertanian, Kuala Lumpur

    1983 – 1987 Pengurus Pembangunan Perniagaan

    Island and Peninsular Bhd. Kuala Lumpur

    Aktiviti :

    Chancellor of University Industri Selangor (Unisel)

    Deputy President Of The Welfare Association Of Minister’s Wives

    (Bakti)

    Chairman of Working Committee National Permata Policy

    Patron, Puspanita Ministry Of Defense

    • Board of Trustee, Malaysian Humanitarian Malaysia

    Patron, Children in Hope Foundation Malaysia

    Patron, Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta)

    Patron, Forum Usahawan Koperasi Wawasan Malaysia (Fukwam)

    Patron, Heart To Heart Association of Malaysia

    Patron, Thalesemia Association Malaysia

    Patron, Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia.

    Anugerah :

    2006 Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK)

    2005 Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS)

    Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK)

    2004 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

    2003 Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP)

  5. Y.A. BHG DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, SSDK,SPMS,SJMK,SSAP,SIMP

    Nama : Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

    Tarikh Lahir : 10 Disember 1951

    Tempat Lahir : Kuala Pilah, Negeri Sembilan

    Pendidikan :
    1964 – 1970 Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
    1971 – 1974 B.A. (Hons) Antropologi & Sosiologi – Universiti Malaya.
    1977 – 1978 M.Sc Sosiologi & Agrikultur Lanjutan – Lousiana State,

    University USA

    Portfolio :

    1975 Eksekutif – Bank Pertanian, Kuala Lumpur

    1983 – 1987 Pengurus Pembangunan Perniagaan

    Island and Peninsular Bhd. Kuala Lumpur

    Aktiviti :

    Chancellor of University Industri Selangor (Unisel)

    Deputy President Of The Welfare Association Of Minister’s Wives

    (Bakti)

    Chairman of Working Committee National Permata Policy

    Patron, Puspanita Ministry Of Defense

    • Board of Trustee, Malaysian Humanitarian Malaysia

    Patron, Children in Hope Foundation Malaysia

    Patron, Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta)

    Patron, Forum Usahawan Koperasi Wawasan Malaysia (Fukwam)

    Patron, Heart To Heart Association of Malaysia

    Patron, Thalesemia Association Malaysia

    Patron, Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia.

    Anugerah :

    2006 Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK)

    2005 Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS)

    Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK)

    2004 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

    2003 Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP)

    More details:-

    Datin Paduka Seri Rosmah Mansor was educated at Tunku Khurshiah College before pursuing her tertiary education at the University of Malaya, Kuala Lumpur, where she obtained her B.A. (Hons) in Anthropology and Sociology. She joined Bank Pertanian Malaysia uponf.graduation in 1975. She then went to pursue her post-graduate program at Louisiana State University, USA and graduated with Master of Science (MSc) majoring in Sociology and Agriculture Extension. She also attended the Basic Management Programmed (BMP) From Asian Institute of Management, Manila. Upon returning to Malaysia, she worked with Bank Pertanian Malaysia and in 1983, she joined Island and Peninsular Berhad, Kuala Lumpur as Business Development Manager for five years. She became a full-time politician’s wife after leaving Island & Peninsular Berhad in 1987.

    Datin Paduka Seri Rosmah Mansor was installed in August 2006 as the first Chancellor of University Industry Selangor (UNISEL), the first industry-centred university owned by Selangor, established in 1999. Being the wife of Deputy Prime Minister of Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor also wears many hats. Currently, she is the Deputy President of BAKTI (The Welfare Association of Ministers and Deputy Ministers Wives), Patron of Malaysia Children Hope Foundation), Patron of Thalassaemia Association of Malaysia, Patron of Badminton Association Malaysia and Patron of KL-Jakarta International Islamic Fashion. Now Datin Paduka Seri Rosmah Mansor is working actively on her pet project “Kumpulan Penasihat Permata Negara” which is a non profit organization focused on the development of early childhood education.

    In recognition for her cast contribution to the country and its people, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor has been conferred various awards from States of Kedah, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan and Pahang.

    SUMBER : http://www.pocam.org/background.php?id=3

  6. cuba check dalam youtube, mana satu istilah dan cerita yang benar, dapatkan cerita betul dari familynya, baru tahu siapa cerita benar

  7. wow l think she is A NICE FIRST LADY, but she must be more caution because every malaysian citizen has the right to asked and to know what she bought overseas. please explained how much goverment money DAH BAZIR!.

  8. Para ulama ada menyatakan bahawa “kalau kita bercakap tentang keburukan orang walaupun perkara tersebut adalah benar, itu adalah mengumpat, dan jika kita bercakap tentang perkara yang tidak benar, itu adalah memfitnah orang tersebut”. Samada mengumpat atau memfitnah, kedua-duanya adalah berdosa dan menyebabkan kita makan daging busuk yang berulat di akhirat kelak. Maka dengan itu kita mesti meminta maaf kapada orang yang kita umpat atau fitnah sebelum kita mati. Untuk memohon maaf pula kita perlu menyatakan apakah dosa yang telah kita perbuat kepada orang tersebut sebelum orang tersebut memaafkan kita, jika tidak, ianya tidak berkesan. Jika benar atau tidak benar apa yang diperkatakan, itu soal dia dengan Allah. Banyak orang masuk neraka akibat nafsu mulut dan hati. Maka, marilah kita banyak-banyak berastagfirullah untuk menjauhkan diri kita dari masuk neraka. Kita orang islam, maka jadilah orang islam yang berkesan. Insyaallah, itulah yang terbaik.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s