Monthly Archives: July 2011

Skandal Pemimpin Umno/BN – MB Negeri Sembilan Rahsiakan Sesuatu Dalam Penjualan Tanah Di Sendayan Kepada 1MDB ?

Skandal Pemimpin Umno/BN – MB Negeri Sembilan Rahsiakan Sesuatu Dalam Penjualan Tanah Di Sendayan Kepada 1MDB ?

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

“Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

“Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?” soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut “dijalankan dengan begitu sulit” dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

“Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan,” katanya.

Loke berkata, beliau mengemukakan soalan lisan tentang nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut.

terus membaca klik disini

Share

Cincin Rosmah RM24 Juta – Rosmah Nafi Milikinya Tapi Gagal Jelaskan Tentang Bukti Dokumen Kastam – SAMM

Cincin Rosmah RM24 Juta – Rosmah Nafi Milikinya Tapi Gagal Jelaskan Tentang Bukti Dokumen Kastam – SAMM

KUALA LUMPUR 29 JULAI : Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian “bongkak dan angkuh” Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

“Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,”katanya kepada Tv Selangor.

Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

“Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

“Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,”katanya lagi.

Sikap berdolak-dalih dan angkuh isteri Perdana Menteri menimbulkan 1001 persoalan manakala alasan pihak tertentu kononnya cincin itu dibawa masuk bagi tujuan pameran ‘sulit’ sebelum di bawa keluar ke Singapura tidak logik sama sekali.

“Kalau (cincin) masuk untuk (tujuan) pameranlah.. (sedangkan) kalau dia buat pameran fesyen (biasa pun), dia paksa semua media untuk siarkan pameran fesyen dia. Kalau dia buat pameran berlian RM24 juta.. takkan dia tidak panggil media.

“Bila kita tanya pameran di mana? Pameran di sebuah tempat sulit, Bila? Di tarikh yang sulit. Siapa tetamu jemputan tengok pameran ini, oh tetamu yang sulit. Saya merasakan mereka sedang mencipta alasan demi alasan untuk membela Rosmah bin Mansor,”kata Chegubard.

Terdahulu sebuah Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

“Persoalan saya pula ialah….kalau masuk untuk pameran, kenapa tidak masuk prosedur untuk masuk pameran?” soal beliau.

Semalam, ketika mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi ke Kedah, Rosmah dipetik berkata bahawa beliau difitnah oleh blogger tertentu sebagai memiliki sebentuk cincin berlian RM24 juta.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Bagaimanapun Rosmah tidak menjelaskan dokumen-dokumen Kastam bersabit pengimportan cincin itu atau pun siasatan SPRM mengenainya.

- TVS News

Share

Rosmah Mahu Peruntukkan Lebih Untuk Permata Setelah Mendapat 211 Juta Bagi Tahun 2010-11 !

Rosmah Mahu Peruntukkan Lebih Untuk Permata Setelah Mendapat 211 Juta Bagi Tahun 2010-11 !

POKOK SENA: Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk  ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.

Ini kerana  ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita  Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak  membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

-keadilandaily

Umno Menghina Islam, Najib Upah Blogger Yahudi (Pernah Hina Islam) Untuk Memperbaiki Imejnya ?

Umno Menghina Islam, Najib Upah Blogger Yahudi (Pernah Hina Islam) Untuk Memperbaiki Imejnya ?

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam.

Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing.

“Jika benar dakwaan tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.

“Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi  dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap  membisu  Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu.

“Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu,” kata Nik Nazmi.

Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang  dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam.

Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah  membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter,  23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam.

Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk  mempersenda Nabi Muhammad.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services.

Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

- keadilandaily

Share

Umno/BN Takut Pembongkaran Skandal Scorpene Dan Altantuya, Peguam Hak Asasi Ditahan, Dihantar Pulang !

Umno/BN Takut Pembongkaran Skandal Scorpene Dan Altantuya, Peguam Hak Asasi Ditahan, Dihantar Pulang !

SEPANG 22 JULAI : Pegawai Imegresen Malaysia dilaporkan menahan peguam hak asasi manusia Peranchis, William Bourdon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Difahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Beliau yang dijadualkan membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk mengumpul dana bagi membiayai kos guaman membawa kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorphene ke mahkamah Perancis, September ini.

Perkara ini disahkan melalui laman twitter peguam Latthefa Koya, Fadiah Nadwa serta Exco Selangor, Elizebeth Wong.

Transaksi pembelian kapal selam buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat  Perimekar Sdn Bhd.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Bourdon menegaskan bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Malam tadi, peguam hak asasi itu berada di Bayan Baru, Pulau Pinang, bercakap mengenai dakwaan skandal ‘Ops Scorpene’.

Bourdon yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan, Sherpa dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapal selam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Sherpa adalah badan yang membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Perjuangan Bourdon mendapat dokongan Suara Hak Asasi Manusia (SUARAM) yang giat membantu peguam itu dalam usaha mengumpul dana sekurang- kurangnya RM100,000 bagi menampung kos perundangan.

Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

-TV NEWS

Share

Rakyat Rugi RM20 Billion Kerana Mekanisma Tender MRT Oleh Kerajaan Umno/BN ? – Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil

Rakyat Rugi RM20 Billion Kerana Mekanisma Tender MRT Oleh Kerajaan Umno/BN ? – Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil

KUALA LUMPUR 22 JULAI: Kerajaan mampu menjimatkan sehingga RM20 bilion sekiranya projek Sistem Aliran Transit Massa (MRT) menggunakan mekanisma tender antarabangsa, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu melahirkan kegusaran terhadap langkah kerajaan mempertanggungjawabkan projek bernilai RM37 bilion itu secara langsung kepada syarikat MMC-Gamuda.

Syarikat itu dikategorikan sebagai Rakan Perlaksanaan Projek oleh kerajaan dan membolehkan MMC-Gamuda untuk melebarkan pengaruh dalam proses pemberian tender dan pemilihan kontraktor.

“Saya (dalam) bab ini sudah lama tidak tidur lena sebab sangat besar. Saya jumpa ramai pegawai kerajaan dan GLC yang menyatakan mereka lemas sebab terpaksa menyalurkan duit.Projek besar sebegitu boleh buka tender antarabangsa. Mungkin dengan kaedah ini kita boleh jimat RM20 bilion,” kata beliau.

Abdul Kadir yang memegang pelbagai portfolio dalam kerajaan Tun Mahathir Mohamad berpendapat kos projek MRT akan meningkat dari masa ke semasa memandangkan terdapat kos sampingan yang perlu diambil kira.

“RM20 bilion kalau kita boleh jimat, kita boleh beri rumah kepada semua rakyat yang tidak mempunyai rumah,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipengerusikan oleh bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara pagi tadi.

Sehari sebelum perhimpuan Bersih 2.0 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan projek itu yang juga dikenali sebagai Sistem Pengangkutan Bersepadu Lembah Klang dengan mengumumkan jajaran muktamad bagi laluan Sungai Buloh-Kajang.

Ia adalah fasa pertama daripada beberapa laluan yang sedang diteliti untuk menyokong perkhidmatan rel keretapi sedia ada di negara ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyatakan kegusaran terhadap lonjakkan kadar keberhutangan negara melebihi paras 60 peratus hutang daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila projek tersebut siap.

Turut membimbangkan sekiranya kerajaan mengulangi skandal pembinaan sistem Aliran Transit Ringan (LRT) sehingga rakyat terpaksa menanggung hutang sebanyak RM8 bilion sehingga kini.

Dalam pada itu Abdul Kadir dalam ucapannya turut menyentuh badan kehakiman negara yang seharusnya menjadi institusi bebas daripada sebarang unsur ketidaktelusan.

Kadir berkata beliau was-was tentang badan kehakiman yang dipertahankan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) ketika ini susulan kritikan masyarakat bersabit pelbagai keputusan yang dilihat lebih untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

“Kehakiman kita benar-benar bebas ke? Saya pun tidak tahu dan saya tidak mahu kata apa-apa,” ujar beliau.

Beliau juga mengecam gejala rasuah yang memperlekeh aspek kebertanggungjawaban sedangkan rakyat melihat perkara tersebut sebagai isu utama yang membelenggui negara.

“Dalam (usaha) menguruskan wang rakyat, tidak boleh ada rasuah. Negara kita ini tidak ada rasuah ke? Rakyat semua cakap macam-macam. Ini satu lagi amanah merdeka. Kita mahu menjadi pro perniagaan, kerajaan mahu banyak duit tapi kita mahu mereka gunakan wang tersebut dengan baik kerana setiap sen adalah hak rakyat. Negara ini milik rakyat, jangan lupa itu,” tambahnya lagi.

Amanah turut dianggotai oleh bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, dan pemimpinh-pemimpin Sarawak seperti Datuk Daniel Tajem, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Pertubuhan badan bukan kerajaan itu yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengajak rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan terhadap negara dengan menghapuskan gejala rasuah dan kronism selain menyalakan semangat amanah merdeka.

- TVS NEWS

Share

Pemimpin Umno Kaya Raya – Adun Macap Membina Rumah Bernilai RM1.5 Juta, Pernah Sapu 1,500 Ekar Hutan Simpan !

Pemimpin Umno Kaya Raya – Adun Macap Membina Rumah Bernilai RM1.5 Juta, Pernah Sapu 1,500 Ekar Hutan Simpan !

Orang Umno mahu jadi calon pilihanraya kerana berpeluang mengaut kekayaan seberapa yang bolih semasa menjadi Adun atau MP.  Kini, Adun Macap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman dikhabarkan sedang membina sebuah banglo bernilai diantara RM1.5 juta hingga  rm2.5 juta.

Malaysia kini melaporkan, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang juga adalah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri, didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan.

Perkara ini ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau (Adun Skudai dan pemimpin DAP Johor) semasa mendadakan sidang akhbar hari ini dan mahu ADUN Machap itu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya tindakan diambil berhubung integritinya.

Sebelum ini Datuk Abdul Rahim pernah dikaitkan dengan rompakan 1,500 ekar Hutan Simpan di Johor.

Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato’ Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Macap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan.

Begitulah ahli-ahli Umno yang menjadi Adun dan MP, dalam kepala hotak mereka hanya memikirkan RM$$$$$$.  Hanya menjadi Adun atau MP sepenggal sahaja pun sudah menjadi jutawan!  Perompak duit rakyat!

-saronglama

Share

Cincin Rosmah Bernilai RM24 Juta – Usaha Terdesak Blog Pencacai Umno Untuk Lindungi Rosmah Tapi Kantoi !

Cincin Rosmah Bernilai RM24 Juta – Usaha Terdesak Blog Pencacai Umno Untuk Lindungi Rosmah Tapi Kantoi !

Dua dokumen diatas muncul di laman2 umno untuk membela Imelda Rosmah

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan ‘segera’ yang dihamburkan ialah
  • gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
  • A. Krishnan tidak wujud
  • tidak ada belian semahal RM24.45 j

Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan ‘menahan’ individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka ‘pengampu’ terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai ‘RM0′ sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang – undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai ‘syarat’ dikenakan semuanya dijalankan secara ‘manual’. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu ‘arahan rasmi’ ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam ‘down’ hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan

kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam ‘down’, belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara ‘manual’ keluar ke Singapura…cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice…mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)…lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.

Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh – sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran ‘sulit’ tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

-chegubard.blogspot.com

Share

Bersih 2.0 – Salah Guna Dana Rakyat – RM25 Sepinggan Nasi Untuk Tahanan Peserta Bersih 2.0 ? – SAMM

Bersih 2.0 – Salah Guna Dana Rakyat – RM25 Sepinggan Nasi Untuk Tahanan Peserta Bersih 2.0 ? – SAMM

PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.

Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soal beliau.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku……makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.

- Free Malaysia Today

Share

Bersih 2.0 – Najib Tak Dapat Arah Polis UK Mengganas, Menangkap Penyokong Bersih Yang Menyambutnya !

Bersih 2.0 – Najib Tak Dapat Arah Polis UK Mengganas, Menangkap Penyokong Bersih Yang Menyambutnya !

Petikan dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap ‘dikejar’ gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai “EO6″ yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.

Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.

Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Di Malaysia, Najib Tidak mahu bersemuka dengan Bersih 2.0.  Tapi, dengan takdir Allah, Najib terpaksa berhadapan dengan peserta Bersih 2.0 diluar negara! Di Malaysia Najib dan Rosmah tak boleh pandang warna kuning lalu mengarahkan polis menangkap sesiapa sahaja memakai pakaian kuning!

Tetapi di UK, beliau tiada kuasa menghalang peserta perhimpunan bersih 2.0 berpakaian kuning yang berkumpul dan menyambut ketibaannya semasa lawatan disana.  Inilah yang dikatakan kuasa Allah yang Maha Esa.  Najib hendak melarikan diri dari kemelut perhimpunan Bersih 2.0, namun, Bersih 2.0 pula tidak berhasrat mahu larikan diri dari Najib dan Rosmah!

Mengikut laporan FMT, Polis London memberitahu bahawa pihak suruhanjaya tinggi Malaysia telah menekan polis UK supaya menghalang sebarang perhimpunan demonstrasi semasa lawatan Najib dan meminta info tentang penganjur perhimpunan serta maklumat penunjuk perasaan.  Rejim diktator kuku besi Malaysia mungkin tidak sedar bahawa United Kingdom adalah sebuah negara bebas dan sesiapa saja bolih menganjurkan sebarang perhimpunan atau demonstrasi secara aman!

Firaun pernah mengarahkan supaya seluruh pasukan keselamatan dalam kerajaannya mencari dan membunuh semua kanak-kanak yang baru lahir, kerana berdasarkan firasat mimpi yang dialaminya, seorang putera iaitu, Nabi Musa, sudah pun lahir yang bakal akan tumbangkan kerajaannya.

Najib pula mengarahkan kesemua anggota keselamatan negara ini, mencari dan menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian kuning kerana pada firasatnya, suatu gelombang kuning yang bernama Bersih 2.0 telah lahir dan bakal menumbangkan pemerintahannya!

-saronglama

Share

Bersih 2.0 – Gambar-Gambar Keganasan Polis !

Bersih 2.0 – Gambar-Gambar Keganasan Polis !

This slideshow requires JavaScript.

Share

Kini, Beg Tangan Rosmah Pula Bernilai RM1 Juta !

Kini, Beg Tangan Rosmah Pula Bernilai RM1 Juta !

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.

Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.

Baca seterusnya – klik disini

Share

Cincin Dan Gelang Mewah Rosmah – Di Mana Rosmah Dapat Duit ? – Mahfuz Omar

Cincin Dan Gelang Mewah Rosmah – Di Mana Rosmah Dapat Duit ? – Mahfuz Omar

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.

Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.

“SPRM mesti telus dalam siasatannya.  Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu.  Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.

“Kita bimbang berlaku penyelewengan.  Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.

“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.

Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.

“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan

Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.

“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.

Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.

“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.

Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.

Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.

“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya.

- Free Malaysia Today

Share

Selepas Cincin Rosmah RM73.45 Juta, Berapa Pula Harga Gelang Tangan Rosmah ini ?

Selepas Cincin Rosmah RM73.45 Juta, Berapa Pula Harga Gelang Tangan Rosmah ini ?

Free Malaysia Today hari ini melaporkan tentang  suatu lagi pemilikkan Imelda Rosmah, kali ini, gelang tangan Rosmah.  Semalam banyak blog dan web telah mempersoalkan cincin berlian bernilai rm73.45 juta yang dibeli Rosmah dari Jacob & Co, berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Hari ini, Blog “Semut Dan Papan Kekunci” telah memuatkan gambar-gambar gelang tangan Rosmah, dimana ia menyerupai  “koleksi Zebra Safari” yang didapati dilaman web Jacob & Co., yang berpusat di New York dan mempersoalkan nilai barang-barang kemas tersebut.  Laman web tersebut mencatatkan  barang kemas tersebut adalah seberat 65.77 karat dalam 18k emas putih.

Apabila FMT memeriksa harga barang kemas tersebut dengan peniaga barangan kemas tempatan, mereka berpendapat bahawa ia mungkin melebihi rm100 ribu lebih sekarat!

Mereka juga berpendapat harga tersebut mungkin jauh lebih tinggi berdasarkan  jenama barang kemas tersebut.

(FMT kemudian telah mendapatkan harga bagi sepasang gelang tersebut dari Jacob & Co. melalui E-mail.  Jacob & Co. menjelaskan,  harga bagi gelang tersebut ialah RM1.6 juta)

Selain itu, blogger tersebut juga mendapati syarikat Jacob & Co. adalah milik yahudi yang bernama Jacob Arabo !  Suami Rosmah, Najib Tun Razak telah mengkritik Anwar Ibrahim sebagai talibarut Yahudi, namun, isterinya pula mengkayakan peniaga yahudi!

Dalam perkembangan lain,  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), telah membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat tentang cincin Rosmah yang bernilai RM73.45 juta.

Kini, Rosmah perlu segera menafikan atau memperjelaskan kedudukan barang-barang kemas tersebut.  Sekiranya Rosmah mengakui bahawa beliau memang memiliki barang kemas tersebut, sila nyatakan duit siapa yang digunakan bagi membelinya.

Sekiranya dibeli dengan duit sendiri, jelaskan dari mana Rosmah mendapat duit yang begitu banyak.  Sekiranya dihadiahkan, sebutkan sebab apa seseorang perlu menghadiahkan beliau barangan mewah yang begitu mahal, kerana, kontrek, tender?

Kalau cincin dan gelang tangan Rosmah sahaja bernilai rm100 juta, berapakah keseluruhan nilai harta dan kekayaan keluarga Najib sebenarnya.  Mungkin menyamai Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud !

-saronglama

Share

Cincin Rosmah RM73.45 juta, Kemewahan Isteri Pemimpin Umno – SAMM buat laporan SPRM !

Cincin Rosmah RM73.45 juta, Kemewahan Isteri Pemimpin Umno – SAMM buat laporan SPRM !

PULAU PINANG : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menyiasat pembelian sebentuk cincin berharga US24.4 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan itu dibuat oleh pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin pada pukul 11.45 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang.

Menurut Badrul, pihaknya mendesak SPRM secara serius menjalankan siasatan terhadap punca dan sumber wang yang digunakan Rosmah bagi membeli cincin berkenaan.

Badrul sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York, tanpa dikenakan cukai.

“Kita juga ingin mendapatkan penjelasan (dari perdana menteri dan isterinya) dan penyiasatan serius serta pantas kerana kami mendapat sumber bahawa arahan telah diberikan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar maklumat pangkalan data dan bukti dipadam,” kata Badrul atau Chegu bard.

Menurut Badrul, bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.

“SAMM juga telah membuat kajian padanan barangan syarikat Jacob & Co terhadap perhiasan rosmah dan ternyata kebanyakan perhiasannya adalah dari syarikat
tersebut,” kata Badrul.

Menurut beliau, gambar bukti pemadanan tersebut akan dimasukkan ke laman internet secepat mungkin.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan
Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi
tujuan itu dari 2008 hingga 2011.

- keadilandaily

Share

Bersih 2.0 – Pemuda Umno Hanya Mampu 500 Orang, Perkasa?????

Bersih 2.0 – Pemuda Umno Hanya Mampu 500 Orang, Perkasa?????

Apa sudah jadi dengan Pemuda Umno dan Perkasa?  Mereka bukan main bising lagi sebelum perhimpunan Besih 2.0 diadakan, kononnya mereka akan berhimpun beramai-ramai bagi menghalang penyokong-penyokong Bersih berhimpun.

Ketua katak negara, Ibrahim Ali, menghilangkan diri begitu saja.  Sebelum ini, beliau dan Perkasa telah mengugut serta memberi berbagai jenis amaran kepada penyokong dan pemimpin Bersih supaya membatalkan perhimpunan.  Sekarang, Perkasa dan Ibrahim Ali, tiada TELOR!  Cakap bukan main lagi, Perkasa mahu mohon stadium untuk berhimpun.  Siapa yang akan himpun nanti, pengundi hantukah?

Mana perginya persatuan Silat, Omar Din Pulau Jerjak dan Ali Rustam.  Perhimpunan Bersih berjalan dengan begitu baik sekali, langsung tidak kelihatan samseng-samseng tadi !  Mungkinkah mereka ini mengunakan ilmu silat mereka supaya orang tidak nampak mereka?  Gangguan hanya dari orang upahan Umno/BN, iaitu PRDM, Polis Raja Di Malaysia!

Pemuda Umno pula, lagi memalukan!  Presiden Umno, Najib isteri Rosmah, bercakap besar, kononnya boleh himpun sampai 3 juta ahli Umno sekiranya diarah.  Tapi, Pemuda Umno pun hanya dapat mengumpul seramai 500 orang sahaja.

Angka ini adalah jauh lebih rendah walau pun hanya dibandingkan dengan peserta Bersih yang ditahan polis, iaitu, seramai 1,401 orang.  Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin, nampaknya langsung tidak berwibawa.  Ahli-ahlinya langsung tidak patuh, mungkin kerana, fulus tidak disediakan!

Kini, kita bolih mengesahkan, Umno (parti cari makan) dan Perkasa sebenarnya  adalah lemah dan PENGECUT, hanya bolih buat bising sahaja, seperti tin kosong!!!

Umno, BN, Najib dan suaminya Rosmah hanya boleh berkuasa dinegara ini kerana adanya pak turut mereka iaitu, Polis.  Tanpa sokongan Polis, nyata Umno/BN langsung tidak mempunyai apa-apa pengaruh.

Nampaknya, Presiden Bersih, Ambiga Sreenivasan adalah  lebih berpengaruh dikalangan rakyat daripada Najib.  Beliau bolih menghimpunkan  lebih dari 50,000 orang dalam keadaan Polis mengawal seluruh Malaysia supaya penyokong Bersih tidak dapat berhimpun di Ibu Negara!  Kita tidak dapat menganggarkan jumlah peserta yang berhimpun sekiranya tidak ada halangan dari Polis. Mungkin ratusan ribu!

Hari ini kita melihat suatu keadaan yang amat menyedihkan berlaku di negara kita yang tercinta.  Kerajaan yang memerintah mengarahkan polis supaya mencederakan rakyatnya sendiri!  Rakyat ditembak dengan gas pemedih mata dan disimbah air asid.  Polis mengganas dan mengamuk diseluruh Ibu kota angkara arahan Umno!  Kita juga difahamkan bahawa seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal dunia akibat dari keganasan polis!

Hanya dinegara-negara diktator sahaja perkara seperti ini berlaku.  Apa bezanya diantara Muammar Ghadafi di Libya yang memerintahkan pasukan keselamatannya  supaya menembak rakyatnya sendiri dengan diktator di Malaysia, Najib Tun Razak?

Inilah sebabnya kenapa Umno dengan keldai tunggangannya, SPR, begitu beriya-iya hendak menipu rakyat melalui pilihanraya!

-saronglama

Share

Bersih 2.0 – Gambar-Gambar Terkini Perhimpunan Bersih 2011 – 1

Bersih 2.0 – Gambar-Gambar Terkini Perhimpunan Bersih 2011 – 1

This slideshow requires JavaScript.

Bersih 2.0 – Kuala Lumpur Bukan Milik Najib Atau Rosmah, Jumpa Di Stadium Merdeka Esok – Bersih

Bersih 2.0 – Kuala Lumpur Bukan Milik Najib Atau Rosmah, Jumpa Di Stadium Merdeka Esok – Bersih

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan bahawa Kuala Lumpur adalah milik semua rakyat Malaysia dan kerajaan tidak berhak untuk melarang mereka memasuki bandaraya itu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi NGO itu, Bersih mengingat rakyat  tidak kira samada kerajaan melarang atau tidak, himpunan aman tetap akan diadakan di Stadium Merdeka esok.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

NGO itu juga secara sinis menegaskan Kuala Lumpur bukan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pihak berkuasa terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tercinta ini milik semua rakyat dan bukan milik Najib dan Rosmah,” kenyataan Bersih yang dipetik.

Semalam, pihak polis mengeluarkan perintah larangan mengharamkan 91 individu termasuk pemimpin bersih, masyarakat sicil dan pemimpin politik memasuki Kuala Lumpur pada himpunan aman Sabtu ini.

Daripada 91 individu yang dilarang, seramai 66 orang adalah dari kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik Pakatan Rakyat terdiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa Bersih 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

“Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara rakyat yang aman akan didengar di Kuala Lumpur 9 Julai ini,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut Bersih, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam dan Najib tidak perlu menunjukkan kuasanya sebagai diktator.

“Bersih 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang untuk semua,” jelas kenyataan tersebut.

petikan dari Keadilandaily

Umno/BN Gila Kuasa – Pemuda PAS dakwa 10, 000 pengundi hantu di Selangor !

Umno/BN Gila Kuasa – Pemuda PAS dakwa 10, 000 pengundi hantu di Selangor !

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu  bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemudanya,  Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.

“Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.

“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.

Sokong Bersih

Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0  tuntutan Bersih  untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM  melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.

Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil  tindakan undang-undang.

“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya.

- freemalaysiatoday

Kerajaan Umno/BN Tidak Peka, RM 1 Bil Akan Dibelanja Mengindahkan 10.7 Km Sungai Gombak !

Kerajaan Umno/BN Tidak Peka, RM 1 Bil Akan Dibelanja Mengindahkan 10.7 Km Sungai Gombak !

1hb July 2011 – Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar Kesejahteraan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini mengumumkan tentang projek dan tender bagi mengindahkan sebahagian dari sungai Gombak.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata hari ini bahawa tender bagi projek yang meliputi 10.7km akan dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar-pakar perancangan tempatan dan antarabangsa bandar ditambah dengan undi daripada orang ramai.

Kerja-kerja pengindahan adalah sebahagian daripada Projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) di bawah Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib.

Najib sebelum ini berkata projek itu akan menyumbang RM1.4 bilion kepada pendapatan negara kasar setiap tahun atau RM11.3 bilion dalam jumlah sehingga 2020.
Perdana Menteri berkata, ini akan membentuk lima peratus daripada pertumbuhan RM30 bilion diperlukan setiap tahun untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Walau bagaimana pun, kos bagi mengindakan Sungai Gombak sejauh hanya 10.7 km dengan harga 1 billion adalah terlalu tinggi!  Dalam keadaan sekarang, dimana rakyat sedang bergelut dengan kesukaran hidup akibat dari kenaikkan harga barang-barang serta kos hidup yang semakin meningkat, adalah sangat tidak wajar projek ini dilaksanakan.

Wang bagi projek seperti ini, buat masa ini, haruslah disalurkan bagi meringgankan bebanan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat biasa, melalui pemberian subsidi bagi barang-barang keperluan harian rakyat.  Dan apabila keadaan ekonomi rakyat memulih, barulah projek-projek seperti ini patut dilaksanakan.

Kita tidak tahu kroni pemimpin Umno yang mana akan memperolihi kontrek ini.  Kroni-kroni Umno akan terus menjadi kaya-raya dengan rakyat biasa menjadi mangsa!  Setiap hari kita membaca bahawa rm beratus ribu, juta dan billion duit rakyat dilenyapkan melalui rasuah, salahguna kewangan negara, projek-projek yang membazir serta pemimpin-pemimpin utama negara yang menghabiskan duit rakyat bagi mengekalkan gaya hidup mewah mereka!

Datuk Raja Nong Chik dan Najib mungkin tidak dapat menyelami kepahitan hidup yang dirasai dan dilalui sebahagian besar rakyat dalam negara ini.  Mungkin itulah sebab kenapa mereka tidak mengerti, dimanakah sepatutnya  duit rakyat dibelanjakan !

-saronglama

Kerakusan Pemimpin Kerajaan Umno/BN – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Didakwa Terima Rasuah RM100,000 !

Kerakusan Pemimpin Kerajaan Umno/BN – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Didakwa Terima Rasuah RM100,000 !

KUALA LUMPUR 1 JULAI : Bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Mohamad Daud Dol Moin hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan menerima suapan yang membabitkan wang tunai RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Daud, 58, didakwa menerima suapan iaitu wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui seorang lelaki
dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Pencetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM50,000 daripada orang yang sama dengan tujuan yang sama.

Ground Floor Bangsar Shopping Center Kuala Lumpur, pada 1 Dis 2004 dan 16 Feb 2005.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan pihak pembelaan yang diwakili peguam
Collin Goonting dan J.D Goonting tiada bantahan dengan jaminan itu.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan jaminan itu dan menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

- TVS news

Derma Rosmah Sejumlah RM437,500 Digesa Dipulangkan, Disyaki Duit ‘Haram’ Taib Mahmud !

Derma Rosmah Sejumlah RM437,500 Digesa Dipulangkan, Disyaki Duit ‘Haram’ Taib Mahmud !

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Putera Albert II supaya memulangkan derma 100,000 euro yang disumbangkan oleh isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Badan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), “mengesyaki” derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.

“Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.

“Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan,” kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.

Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.

Menurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk “melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan”.

Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL- Jakarta (IFF) “”melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak”.

BMF – yang dinamakan sempena aktivis Switzerland yang mempertahankan kepentingan kaum pribumi di Sarawak dan hilang sejak 2000 – juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Taib dan Albert.

- TVS news