Apr26
Kes Liwat Anwar – Keputusan 16 Mei – Hujah Tentang Air Mani Hanya Untuk Memuaskan Najib/Rosmah – Anwar
Najib dan Rosmah telah salah langkah! Mereka berfikir, dengan membawa isu video seks Anwar dan temubual Raja Petra Kamarudin, mereka boleh melenyapkankan pengaruh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim dibumi Sarawak. Malangnya, rakyat Sarawak tidak berfikir begitu!
Pakatan Rakyat telah bermula di PRN Sarawak dengan harapan yang tidak besar. Mungkin, Pakatan Rakyat pada waktu itu, penyokongnya sendiri pun tidak berfikir boleh menang lebih dari 10 kerusi DUN. Tetapi, setelah 10 hari kempen berlalu, barulah kita sedar kenapa Taib Mahmud tidak mahu mengadakan PRN Sarawak lebih awal. Rupa-rupanya kedudukan BN sangat rapoh. Inilah kekalahan yang paling teruk yang dialami BN di Sarawak dan ia berlaku sewaktu Najib menjadi PM! Banyak kerusi DUN yang Pakatan kalah dengan tipis.
Pada 2006, pembangkang hanya memenangi sebanyak 7 kerusi. Tetapi, pada PRN Sarawak kali ini, Pembangkang memenangi 15 kerusi DUN, lebih dari 100%. Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat dapat mengurangkan undi popular BN dari 62.93% pada tahun 2006 ke 55.24%! Amat menakjubkan! Sarawak yang dikatakan ‘fixed deposit BN’ kini sudah goyah! Sekarang, beranikah Najib membubarkan parlimen supaya dapat diadakan pilihanraya umum? Pada hari ini, pemimpin-pemimpin BN sudah mula menghitung diri masing-masing dan memikirkan masa depan politik mereka!
Isu video seks Anwar serta putar-belit Raja Petra Kamaruddin nampaknya, senjata makan tuan! BN mengharapkan dengan kedua-dua isu itu, rakyat akan hilang keyakinan kepada PKR dan Pakatan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Keputusan PRN Sarawak menunjukkan masa depan Najib tidak selamat. Najib mungkin akan menghadapi apa yang dirasai oleh Hosni Mubarak di Mesir. Rakyat sedang menggesa kerajaan Mesir supaya menghadapkan Hosni Mubarak kemuka pengadilan keatas kesalahan rasuah dan pembunuhan!
Berjuta-juta wang ditaburkan kepada rakyat sebagai rasuah supaya rakyat Sarawak mengundi BN. Projek-projek bernilai berbillion ringgit diumumkan. SPR menjadi ‘keldai tungganggan” BN, dengan melakukan pelbagai penipuan supaya keputusan akan berpihak kepada tuan mereka, iaitu BN! Puluhan ribu undi pos yang diputar-belitkan oleh SPR. Namun, semakin ramai rakyat memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat. Keyakinan mereka kepada Pakatan kini berada ditahap yang tinggi, dan di PRN yang akan datang, kita tidak hairan jika rakyat Sarawak menumbangkan kerajaan rasuah BN.
Keputusan ini menunjukkan Pakatan Rakyat sedang mara. Rakyat dapat menerima Pakatan Rakyat sebagai Parti alternatif kepada BN yang sedang lusoh. Buktinya ialah, parti-parti pembangkang dari negeri Sarawak sendiri, seperti SNAP dan PCM tidak diterima olen rakyat Sarawak. Malah, presidan parti SUPP yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk George Chan dikalahkan oleh calon baru dari DAP. I Malaysia yang dibawa oleh Najib, kini sedang tenggelam kedasar Laut China Selatan!
Walaupun, Pakatan Rakyat tidak memenangi PRN Sarawak kali ini, kemenangan di 15 kerusi DUN memberi nafas baru kepada Pakatan. Semakin hari, kedudukan Pakatan nampak bertambah cerah dimana peluang BN pula sedang kepenghujung riwayatnya. Namun, Raja Petra kena tahu, rakyat Malaysia tidak beranggapan bahawa Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak mampu memerintah negara ini!
oleh sarong lama
Raja Petra Kamaruddin yang menjadi musuh no.1 TV3, mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila muncul dalam berita TV3, mempertahankan Najib dan Rosmah. Apa sudah jadi, dunia sudah terbalik!
Sebenarnya, saya dari dulu, nampak Raja Petra sudah mula menyimpang. Saya pernah menulis satu artikel pada bulan disember lepas mengenai perkara ini dan anda boleh membacanya dibawah ini nanti. Apabila TV3 menginterviu seseorang, ini bermakna, umno/BN akan dapat keuntungan. Apabila mana-mana adun atau MP Pakatan mula diinterviu oleh TV3, bermakna, tak lama lagi orang itu akan keluar dari pakatan dan menjadi ‘mesra umno/bn’.
Apakah sekarang, Raja Petra Kamarudin akan menjadi blogger ‘mesra Umno/BN’? Apakah Umno/BN sudah dapat membeli Raja Petra seperti Gobalakrishnen, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim dan yang lain-lain? Berapa besarkah habuan yang diterima Raja Petra agaknya? Kita difahamkan Gobalakrishnen dapat membayar hutang-hutangnya yang bernilai ratusan ribu dalam sekelip mata sahaja, setelah muncul dalam TV3 dan menyerang Anwar Ibrahim dan Pakatan. Hee Yit Foong, Adun Jelapang, dikatakan memandu kereta mercedes baru setelah menjadi mesra Umno/BN!
Sekarang, Raja Petra berkata, Anwar telah menipunya dalam temubualnya dengan TV3. Dia juga menyebut bahawa Anwar sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin pembangkang dan perubahan. Jadi, kita tanya Raja Petra, siapakah sepatutnya memimpin gerakan perubahan di negara kita? Zaid Ibrahim? Zahrain Hashim? Gobalakrishnan atau MCLM? Atau beliau cuba memberi isyarat bahawa sebenarnya kita tidak perlukan ini semua! Cukuplah dengan gabungan yang sedia ada, ia itu, Rosmah suami Najib? Kalau Raja Petra boleh mempertahankan Najib dan Rosmah yang pernah ditelanjangkan segala salahlaku mereka dulu, bukankah ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena?
Kebelakangan ini, kita melihat, tidak ada banyak isu-isu luarbiasa yang di bongkarkan didalam blog Malaysiatoday. Apakah ini terjadi kerana tidak ada isu-isu berkaitan salahlaku Umno/BN atau memang Raja Petra tidak mahu membongkarkan lagi isu-isu seperti ini kerana sudah menerima habuan?
Dalam interviunya di TV3, beliau membongkarkan nama-nama dan bloggers yang telah menyampaikan maklumat-maklumat tertentu kepada beliau. Kalau inilah cara Raja Petra membocorkan nama-nama pemberi maklumat kepada beliau, saya percaya, selepas ini, tidak ada orang yang akan berani memberi sesuatu maklumat yang sulit kepada Raja Petra untuk disiarkan dalam blognya, Malaysiatoday. Raja Petra sebelum ini pernah membocorkan siapakah orang yang telah menyampaikan maklumat tentang dokumen sulit SPRM dalam pendakwaan keatas Khir Toyo (iaitu YL Chong dari Malaysia Chronicles).
Kekuatan blog Malaysiatoday dan Raja Petra Kamarudin terletak pada maklumat-maklumat rahsia dan penyelewengan tentang kerajaan umno/bn yang disiarkannya. Kini kita percaya beliau tidak lagi akan diberikan sebarang maklumat rahsia oleh orang awam, kerana mereka takut, suatu hari nanti, mungkin Raja Petra akan membongkarkan identiti sebenar pemberi maklumat dalam artikel yang disiarkan dalam webnya, Mungkin juga ramai pemberi maklumat pada Raja Petra sebelum ini, sudah mula rasa gentar dan risau tentang Raja Petra!
Kenapa interviu ini disiarkan oleh TV3 betul-betul pada waktu PRN Sarawak diadakan, sama seperti mana Video seks Anwar juga ditayangkan pada waktu yang sama, iaitu sewaktu hampirnya hari penamaan calon PRN Sarawak? Bukankah ini menunjukkan Raja Petra memang mempunyai peranan dalam menjatuhkan Pakatan pada PRN Sarawak? Yang anehnya, bagaimanakah Raja Petra boleh membenarkan Umno/BN mengunakannya semasa PRN Sarawak dijalankan. Mana dia kredibliti Raja Petra sebagai seorang pejuang yang menentang arus perdana politik negara. Sungguh memalukan!
Wahai penyokong dan pencinta perubahan di Malaysia, BOIKOT RAJA PETRA KAMARUDIN. Jangan lagi melayari Malaysiatoday, kerana beliau tidak ada lagi sesuatu yang baru untuk anda. Baru-baru ini, apabila meletupnya video seks Anwar, bukan Raja Petra yang membongkarkan tentang Datuk T yang berada dibelakang penayangan video tersebut. Apabila terbongkarnya kerjasama yang sudah wujud diantara BN dan SNAP, bukan Raja Petra yang membongkarkannya tetapi Sarawak Report!
Saya berharap seluruh pimpinan, penyokong perubahan dan orang awam, hendakalah berhati-hati dengan Raja Petra. Raja Petra Kamarudin adalah pengkhianat rakyat Malaysia!
klik disini – Raja Petra Kamarudin & Haris Ibrahim Mahu Menyingkir PKR Dan Pakatan !
oleh saronglama