Benarkah Michael Jackson seorang Islam?

Betulkah Michael Jackson telah memeluk agama Islam?  Umat Islam seluruh dunia kini tertanya-tanya apakah Michael Jackson seorang Islam.

Ada yang mengatakan memang benar dan ada juga  yang beranggapan ia hanya khabar angin.  Media barat langsung tidak menyebut tentang keislaman Michael setelah kematian beliau.  Semuanya bermula pada tahun 2007,  apabila abang serta jurucakap Michael, Jeramine, mengumumkan bahawa Michael akan memeluk Islam.  Selepas itu tiada cerita atau berita dari Jeramine atau nama Islamnya, Muhd. Abdul Aziz, tentang keislaman Michael Jackson.

Berita tentang Michael Jackson memeluk Islam disebarkan media pada November, 2008, setelah lebih setahun beliau menetap di Bahrain.  Beliau dikatakan telah mengucapkan dua kalimah syahadah dirumah teman beliau, Steve Porcaro,  di Los Angels.  Penulis lagu Canada, David Wharmsby dan Phillip Bubal yang dikatakan sudah pun memeluk Islam, telah menerangkan kepada Michael tentang kehebatan Islam dan mempengaruhi Michael untuk menerima Islam.   Ini dikatakan telah mendorong Michael memeluk agama Islam.  Seorang imam telah dijemput kerumah teman Michael dimana beliau telah diislamkan.

Michael Jackson dikatakan telah menukar namanya kepada Mikhail.  Dikatakan, seorang tokoh Islam terkenal, Yusuf Islam atau nama popularnya, Cat Stevens, yang juga seorang penyanyi telah menghadiri majlis tersebut.

Abangnya, Jeramine Friday yang telah telah memeluk Islam pada tahun 1989 pula menyatakan bahawa Michael mula minat kepada Islam setelah berada ditimur tengah dan yakin Islam dapat menyelesaikan masaalah perkauman, dimana dalam Islam manusia semuanya adalah sama dan tiada perbezaan diantara kulit hitam atau putih.  Inilah diantara perjuangan Michael di Amerika Syarikat.  Jeramine juga memberitahu beliau pernah memberi banyak buku-buku berkaitan Islam kepada Michael dan Michael sukakannya.

Setelah Micheal Jackson meninggal dunia, Jeramine dikatakan telah berdoa “semoga Allah bersama-sama mu, Michael”.  Inilah sahaja maklumat-maklumat yang kita ada setakat ini tentang Michael Jackson memeluk agama Islam.

Tetapi, Yusuf Islam melalui laman webnya telah menafikan laporan media bahawa beliau pernah menghadiri majlis mengislamkan Michael.  Beliau juga tidak percaya Dawud Wharmsby (David Wharmsby) atau mereka yang lain dikaitkan dengan pengislaman Michael menghadiri majlis itu.  Berdasarkan penjelasan Yusuf Islam, kemungkinan cerita tentang majlis yang diadakan dirumah teman Michael untuk mengislamkan beliau adalah tidak benar.  Jeramine, juga setakat ini tidak pernah menyatakan dengan jelas tentang keislaman adiknya.

Imam yang dikatakan telah mengislamkan Michael tidak dapat dipastikan.  Belum ada mana-mana imam di Amerika Syarikat yang tampil mengaku mengislamkan Michael.  Tidak juga ada gambar-gambar atau video tentang keislaman Michael.

Apakah Michael Jackson benar-benar telah memeluk agama Islam?  Saya rasa kekeliruan ini akan mengambil masa untuk dileraikan.  Blog-blog dari barat atau timur masih mendebatkan isu ini.  Sekiranya Michael Jackson adalah seorang Islam, semoga Allah merahmati roh beliau, Wallahu a’lam.

olih: decapucino

back to main page click here

About these ads

3 thoughts on “Benarkah Michael Jackson seorang Islam?

  1. kalau islam syukur alhamdulilah
    sekiranya michael jackson adalah islam semoga ALLAH letakkan dia di tempat org-org yg beriman
    insyallah ,waanlaikummusalam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s