Daily Archives: June 25, 2009

Kerajaan perpaduan – benarkah keadaan dalam pas sudah reda?

Kerajaan perpaduan – benarkah keadaan dalam pas sudah reda?

pc%20p%20kp3

 

 

 

 

 

 

 

 

Nampaknya isu kerajaan perpaduan telah mula reda.  Apakah isu ini benar-benar akan reda atau akan timbul kembali?

Isu kerajaan perpaduan telah dibangkitkan olih presiden pas, Hj. Abdul Hadi Awang beberapa bulan yang lepas.  Setelah mendapat kritikan hebat dari dalam dan luar pakatan rakyat, idea ini telah diketepikan dengan alasan ia tidak dapat dilaksanakan dibawah pemerintahan Najib Tun Razak yang dianggap ‘maha zalim’.

Isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan kembali olih Hj. Abdul Hadi dalam muktamar pas yang baru lepas.  Isu ini telah menjadi perbincangan hangat dan kritikan hebat dikalangan ahli pas dan dari dalam pakatan rakyat.  Isu ini sampai kemuncak apabila Tuan Guru Nik Aziz telah menyarankan Nasharudin Mat Isa kosongkan kerusi Bacok dan meninggalkan pas.

Umno telah mengunakan isu ini untuk kucar-kacirkan pakatan rakyat.  Najib yang suatu masa dulu tidak menerima konsep kerajaan perpaduan yang diilhamkan olih HJ. Abdul Hadi, tiba-tiba sangat menyanjungi idea tersebut.  Diikuti pula olih pencacai-pencacai Najib seperti Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Rais Yatim yang turut memuji idea tersebut.  Umno cuba gunakan isu ini sebaik mungkin untuk kepentingannya serta memecahbelahkan pakatan rakyat.

Umno merasa kecewa apabila beberapa hari yang lepas, Majlis Presiden pakatan rakyat telah bermesyuarat diparlimen dan membuat perisytiharaan bersama bahawa mereka menolak sama sekali idea kerajaan perpaduan dan sebaliknya memperkukuhkan pakatan rakyat menghadapi pilihanraya ke13 nanti.  Ini menjadi tamparan hebat kepada umno yang sebelum ini rasa mereka mempunyai peluang untuk menghancurkan pakatan rakyat.

Tapi, apakah semua masaalah berkaitan kerjasama dengan umno serta kerajaan perpaduan sudah selesai?  Bagaimana kedudukan Dr. Hasan Ali yang selama ini bertindak bagi pihak Puncak Niaga, proxi umno?  Apakah beliau akan hentikan usaha-usaha beliau bersama beberapa pemimpin pas yang lain untuk membawa pas kerjasama dengan umno/BN dimana akhirnya beliau dapat menjadi MB Selangor?

Bagaimana pula dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi yang sudah ‘naik sawan’ hendak berdakwah kepada umno?  Setelah Tantawi begitu lama bersama pas serta memegang jawatan timbalan ketua pemuda sebelum ini, beliau sepatutnya dari dulu lagi sudah berdakwah kepada umno.  Mengapa tiba-tiba sekarang baru beliau hendak menyampaikan dakawah Islam kepada umno yang sudah pun berusia lebih 50 tahun?

Bagaimana pula dengan setiausaha agung pas, Mustafa Ali, yang dikatakan orang utama hendak pas bergabung dengan umno.  Apakah beliau akan melepaskan impian untuk membawa pas bergabung dengan umno/BN.  Bagaimana pula kedudukan gabungan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan ketua dewan pemuda pas yang memang ‘diasaskan’ khas untuk tujuan membawa pas bekerjasama dengan umno/BN?  Nampaknya lebih banyak soalan yang timbul dibanding dengan  jawapan setelah isu kerajaan perpaduan ini diredakan.

Saya melihat Presiden pas lemah dalam mengendalikan segala isu sensitif yang timbul dikalangan pakatan rakyat dan rakyat Malaysia.  Apabila berjumpa dengan pimpinan pakatan rakyat pihaknya mengatakan isu kerajaan perpaduan timbul kerana  salah faham ahli dan pakatan rakyat serta manupulasi umno/BN untuk memecah-belahkan pakatan.  Saya tidak melihat begitu.  Sekiranya kerajaan perpaduan diwujudkan, pas mesti bergabung dengan BN.  Ini yang ditentang hebat olih ahli serta pakatan rakyat.  Bergabung dengan umno/BN bukan suatu salah faham tetapi satu fahaman yang ditentang olih sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kita benar-benar harap semua isu-isu ini akan lenyap supaya pakatan rakyat menjadi benar-benar kuat.  Kita takut apa yang dikatakan sebagai ‘reda’ hanya nampak dari luar sahaja.

olih: sarunglama

back to main page click here