
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan
Nasarudin adalah ahli parlimen Bachok, Kelantan. Nik Aziz mempunyai hak sebagai Mursyidul Am dan MB Kelantan yang telah membenarkan Nasarudin bertanding di Kelantan supaya meninggalkan pas dan menyertai umno. Kalau Nasarudin adalah seorang ulama yang bermaruah, dia akan kosongkan kerusi Bachok dan meninggalkan Pas. Cabaran ini bukan setakat untuk Nasarudin sahaja tetapi untuk semua kuda tunggangan umno dalam Pas.
Nasarudin dah mula bercakap macam MP umno. Apabila media tanya beliau tentang isu Nizar teriak “bubar DUN Perak” di parlimen baru-baru ini, Nasarudin menyatakan bahawa beliau terkejut dengan kejadian itu. Sepatutnya, beliau mempertahankan Nizar dalam isu tersebut seperti MP-MP pas yang lain. Nasarudin juga mengalukkan kesediaan Najib Tun Razak untuk berbincang tentang kerajaan perpaduan.
Kita tidak tahu berapa banyak habuan telah diterima olih Nasarudin dari umno. Nasarudin sekarang jelas tanpa ragu-ragu lagi bersama-sama dengan Hasan Ali adalah ejen umno dalam Pas. Semua ahli Pas dan Pakatan Rakyat mesti berusaha supaya duri dalam daging seperti Nasarudin mesti dikeluarkan dari pakatan.
Dengan menjadi kuda tunggangan umno saya percaya habuan Nasarudin dan geng-gengnya bukan sedikit. Mereka seiya-sekata dengan pemimpin umno.
Nasarudin Mat Isa adalah orang yang menjual diri dan agama demi habuan yang ditaburkan olih umno. Sila keluar dari pas dan sertai parti yang kamu sanjungi, iaitu umno!
olih: sarunglama
you punya blog penipu….macam orang tak sekolah