http://maidoali.wordpress.com

Pas Selangor dan Lembaga Disiplin – Dr. Hassan Ali mesti digugurkkan!

November 9, 2009 · Leave a Comment

hasan-oct28Datuk Dr. Hassan Ali, Exco Negeri Selangor mestilah digugurkan dari jawatan beliau selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor dan dari jawatan Exco Negeri Selangor.

Banyak kerosakkan yang telah beliau lakukan keatas imej Pas dan Pakatan Rakyat dengan alasan ketelusan.  Ini penting untuk memulihkan imej Pas, Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor.

Lembaga Disiplin Pas yang sedang bersidang sekarang mestilah ambil kira factor diatas selain factor dan bukti-bukti yang lain.  Sekiranya Lembaga Disiplin mendapati ada bukti yang menunjukkan Dr. Hassan ada hubungan terus dengan UMNO dalam usaha  mewujudkan kerajaan  perpaduan, seharusnya beliau dipecat saja dari Pas!

Sebelum ini Dr. Hassan banyak dikaitkan dengan usaha membawa Pas kerjasama dengan Umno. Sekarang kita ada peluang untuk mengetahui sejauh mana usaha ini dijalankan oleh beliau melalui Lembaga Disiplin Pas.  Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, mestilah menyiasat keakar umbi masaalah ini kerana ia adalah berkaitan masa depan Pas dan Pakatan Rakyat.

Tiada gunanya Lembaga Disiplin bermesyuarat dan setelah selesai semua, Dr. Hassan masih menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor dan Exco Selangor.  Sia-sialah usaha Tuan Guru Nik Aziz menyuarakkan keperluan EGM PAS untuk menggugurkan pemimpin-pemimpin yang bermasaalah.

Mesyuarat khas jawatakuasa Pas Pusat yang baru bersidang mengambil keputusan menolak cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dan digantikan dengan Seminar.  Pada masa yang sama Pas Selangor yang banyak timbulkan masaalah dalam Pakatan Rakyat dihadapkan ke Lembaga Disiplin Pas.  Kita percaya ini adalah untuk menyelesaikan segala masaalah yang ditimbulkan olih Pas Selangor serta Pesuruhjayanya. 

Presiden Pas, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang selalu disebutkan sebagai penyokong Dr. Hassan Ali nampaknya memberi laluan supaya orang kuatnya disiasat.  Difahamkan Dr. Hassan Ali telah meninggalkan Mesyuarat Khas Pas lebih awal dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz.  Kita tidak tahu apakah puncanya atau mungkin beliau tidak puas hati dengzn apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.  Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga tidak ada bersama presiden apabila sidang media diadakan selepas mesyuarat.

Semuanya akan kembali kepada keadaan asal sekiranya sebarang tindakan tidak diambil keatas Dr. Hassan selepas selesai  Lembaga Disiplin Pas bersidang.  Ini bermakna keadaan dalam Pakatan Rakyat juga tidak selesai.  Usaha untuk mengembalikkan kepercayaan rakyat kembali menyokong Pas dan Pakatan Rakyat juga akan meleset.  Pengundi bukan Islam juga akan terus meminggirkan Pas dalam PRU ke13 nanti.

Inilah harapan kita semua. Suatu penyelesaian positif mesti dicapai.  Ini mungkin pahit untuk Dr. Hassan Ali dan pengikutnya dalam Pas namun ini juga adalah suatu pengorbanan yang diperlukan untuk menggembalikan kegemilanggan Pas dan Pakatan Rakyat.

 - Decapucino

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , , , ,

Mengapa SPRM senyap tentang Skandal PKFZ, Rakyat Rugi RM684 juta?

November 9, 2009 · Leave a Comment

c5615e0be4509e67b3c9147d73987a59Kita rasa sangat hairan tentang tindakan SPRM yang mendiamkan diri dalam isu Skandal PKFZ.  Nampaknya, apabila ’ikan-ikan besar’ yang terlibat, SPRM kencing dalam seluar!

Baru-baru ini PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam)  yang diketuai oleh Datuk Seri Azmi Khalid, dalam laporannya telah mendedahkan salahlaku dalam pembelian tanah bagi project PKFZ.  Laporan itu mendedahkan Kerajaan telah membeli tanah tersebut dengan harga yang 67% lebih daripada harga yang sepatutnya.  Kerajaan telah membeli sekaki persegi tanah itu dengan harga RM47.76  padahal Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah menetapkan nilai tanah itu pada kadar RM25.00 sekaki persegi.  Dr. Mahathir adalah pengerusi JPPH.

Ini bermakna wang rakyat sebanyak RM645 juta hilang begitu sahaja.  Kepoket siapa duit ini masuk kita tidak tahu.  Ini baru pembelian tanah sahaja. Berapa banyak pula duit rakyat yang sudah dilesapkan kalau seluruh projek PKFZ yang bernilai lebih RM7 billion diambil kira.  Sebenarnya banyak lagi penyelewengan wang rakyat dalam skandal PKFZ telah berlaku dan sudah didedahkan.  Inilah sebab SPRM tidak bolih mendiamkan diri dan mesti mendedahkan, kemanakah perginya duit rakyat yang sebegitu banyak.

Kini bukti salahguna wang rakyat dalam skandal PKFZ sudah didedahkan olih PAC.  PAC bukan sebuah badan dibawah Pakatan Rakyat.  PAC adalah dibawah Parlimen Malaysia.  Pengerusinya bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang tetapi seorang MP UMNO/BN.  Apalagi yang ditunggu olih SPRM?  Mengapa tidak ada tindakan atau sebarang kenyataan dari SPRM.

Baru-baru ini beberapa orang dari Pakatan Rakyat Selangor telah dihadapkan ke mahkamah olih SPRM.  Tetapi pertuduhan terhadap mereka  melibatkan salahguna atau rasuah yang amat kecil iaitu RM1,000 dan RM2,500.  Kita tidak maksudkan rasuah yang kecil tidak perlu didakwa tetapi walaupun RM1 wang rakyat yang disalahgunakan  atau rasuah mereka yang terlibat mestilah didakwa.  Tetapi dalam pembelian tanah untuk projek PKFZ, penyelewangan atau salahlaku bukan RM1, RM1,000 atau RM2,500 tetapi RM645 juta!  Apakah SPRM tidak dapat melihat duit yang begitu besar diselewngkan olih UMNO/MCA/BN.

Mungkin SPRM masih menunggu arahan dari ‘Boss’ mereka.  Mereka yang terlibat dalam isu ini bukan orang lemah seperti Teoh Beng Hock.  Diantara mereka yang terlibat adalah menteri-menteri kanan BN.  Tan Sri Chan Kong Choy, Datin Paduka O. C. Phang, Dr. Ling Liong Sik, Datuk Seri Ong Tee Keat, Dr. Mahathir dan banyak lagi mugkin kena naik turun mahkamah sekiranya pendakwaan dibuat.  SPRM gerun dengar nama-nama ini!

Apakah kesudahan Skandal PKFZ?  Adakah mereka yang terlibat akan didakwa?  Atau apakah suatu pendakwaan akan dilakukan tetapi akhirnya semua yang terlibat dibebaskan kerana dokumen bukti hilang?  Kita tunggu dan lihat.

- Sarunglama

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , , , , , ,

Teoh Beng Hock’s Inquest – Teoh’s Body Will Be Exhumed On Nov 21

November 9, 2009 · Leave a Comment

tbh2SHAH ALAM, Nov 9 (Bernama) — The Coroner’s Court here on Monday ordered the body of the late Teoh Beng Hock, who was laid to rest more than three months ago, to be exhumed on Nov 21 so that a second post-mortem on him can be carried out the next day.

Coroner Azmil Muntapha Abas also ordered that the second post-mortem be handled by the Head of Pathology, Sungai Buloh Hospital, Dr Shahidan Md Noor and assisted by Dr K. Saravanan in taking the photos, in the presence of four forensic experts, at the Sungai Buloh Hospital.

“The task of exhuming the body will be undertaken by the Sungai Buloh Hospital,” he said.

The four forensic experts were Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand of Thailand and another expert to be appointed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Meanwhile, lawyer Datuk Abdul Razak Musa, representing the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), said the MACC would ensure that the foreign expert appointed could attend the second post-mortem.

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Dr. Asri sedia berceramah di Kelantan

November 9, 2009 · Leave a Comment

asri%20nik%20aziz

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.

“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.

“Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.

Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.

Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.

Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.

“Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya.

Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.

Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.

Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.

Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Berita Paling Lucu : Lingam Tak Langgar Undang-Undang – Nazri

November 9, 2009 · Leave a Comment

nazri-aziz-photo-2

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

“Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak ‘conman’. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak…saja hendak menunjuk.

 

“Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar.

Penjelasannya itu menyebabkan suasana Dewan agak kecoh apabila diganggu beberapa wakil pembangkang yang mempertikaikan kenapa tiada tindakan dikenakan sedangkan sebuah suruhanjaya yang menyiasat klip video itu mencadangkan agar peguam itu dikenakan tindakan.

Semasa menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.

“Sekiranya Yang Berhormat mantan perdana menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan,” katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu adalah suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.

“Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya perdana menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.

“Rundingan sebegini yang tidak membabitkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan lanjut terhadap individu utama yang dikaitkan dalam rakaman klip video itu dan mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Mengenai satu isu lain, beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukan atau akta yang tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasakan.

“Ia adalah usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikan keberkesanan sistem perundangan negara dan untuk memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dan membabitkan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.

Mengenai cadangan supaya undang-undang Anti Diskriminasi digubal, Mohamed Nazri berkata kerajaan belum bercadang untuk menggubal undang-undang berkenaan kerana belum ada keperluan berbuat demikian.

“Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan dan perlindungan bagi semua orang di sisi undang-undang,” katanya.

Mohammed Nazri juga berkata Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi memperjelaskan maksud “native” atau “anak negeri” Sabah dan Sarawak kerana ia telah ditafsirkan dengan jelas.

Menyentuh isu rasuah dalam agensi kerajaan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008, beliau berkata setakat ini SPRM telah membuka 41 fail siasatan yang membabitkan penyiasatan jenayah dan kelemahan pengurusan.

“Saya berharap semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lancar tanpa sebarang tekanan,” katanya.

Beliau berkata, kesungguhan SPRM untuk mengambil tindakan berhubung dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara tidak perlu diragui.

Mohamed Nazri berkata, ini terbukti apabila tahun lalu seramai 15 orang telah dituduh di mahkamah manakala 18 laporan tatatertib dan surat nasihat telah dikeluarkan kepada jabatan dan agensi berkaitan. - Bernama

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , ,

Nik Aziz: ‘I woke up with my mouth full of blood.’

November 9, 2009 · Leave a Comment

nas1

KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who had a health scare last week, has admitted to feeling anxious after “waking up with my mouth full of blood.”

Nik Aziz, 78, who is also PAS spiritual advisor, said waking up that way caused him to have heart palpitations.

“At about 1.30am on Thursday, I suddenly woke up after I felt that there was blood in my mouth.

“There was so much blood that I could not speak. I panicked. After that, my heart started pounding because this has never happened before.

“After I was admitted, I had to undergo several scans of my heart. The doctors even put a probe down my throat but they found nothing.

“I was relieved to learn that the blood had come from my gums and my throat,” he told reporters at his home in Pulau Melaka late Sunday.

Nik Aziz was admitted into the National Heart Institute (IJN) on Thursday due to fatigue but attended the PAS’ seminar on Saturday to give his keynote address. - MStar

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Kikis Tanggapan Negatif Terhadap Blog Anti Kerajaan

November 9, 2009 · Leave a Comment

Bloggers+Against+ISA

KUALA LUMPUR: Tanggapan negatif terhadap blog sehingga dianggap sebagai musuh kepada kerajaan perlu dikikis kerana melaluinya juga pelbagai maklumat boleh diperolehi.

Pemilik blog ‘Kuda Ranggi’, Syed Imran Al-Sagoff berkata, blog juga menjadi sumber maklumat yang berguna kepada kerajaan terutamanya melalui maklum balas mengenai sesuatu isu.

“Kalau boleh janganlah anggap blog ini sebagai satu saingan ataupun musuh kerana kadang-kadang melalui blog kita boleh mendapat yang cukup baik terutamanya kepada Jabatan Penerangan.

“Kita boleh mendapat banyak maklumat dari blog, tapi jangan cari maklumat yang salah,” katanya di majlis Dialog Penerangan yang bertajuk ‘Antara Penulis Blog dan Berita – Suatu Pembohongan atau Realiti’ di sini hari.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kira-kira 100 pegawai perhubungan awam dari unit komunikasi korporat kementerian dan jabatan kerajaan.

Bagaimanapun jelasnya, pembaca harus bijak untuk menilai sama ada sesuatu tulisan yang disiarkan itu mengandungi unsur pembohongan ataupun tidak terutamanya blog-blog politik.

“Blog yang banyak pembohongan ialah blog politik, yang menyentuh mengenai politik.

“Tidak seperti blog-blog khusus seperti masakan, percutian, sukan atau apa sahaja tentang bidang-bidang tertentu,” katanya.

Bekas wartawan Bernama itu juga mengakui bahawa penulis blog-blog politik banyak menyebarkan fitnah dan menjatuhkan maruah melalui penulisan mereka.

“Blog-blog inilah menulis dan menyebarkan fitnah, menghasut dan menjatuhkan maruah… ini semua dari segi politik.

“Tapi blogger yang berlatar belakangkan kewartawanan agak berbeza sedikit, sebab mereka tahu (etika),” katanya.

Katanya lagi, blog kini mula menjadi tumpuan umum termasuk ahli politik untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan juga pandangan.

“Sekarang ini hampir semua parti politik ada blog, hampir semua ahli politik yang dulu mengecam blog kini ada blog masing-masing.

“Ini kerana sudah timbul kesedaran bahawa blog merupakan satu wadah yang boleh mempengaruhi orang ramai,” katanya. - MStar

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , ,

Dr. Hassan Ali Boleh Dilucut Jawatan Jika Didapati Bersalah – Tuan Ibrahim

November 9, 2009 · Leave a Comment

tibrahim

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.

“Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya…itu adalah mengikut peraturan dalam parti,” katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat,” katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: “Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul…lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia.”

Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.

“Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.

“Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi. - MStar

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Majlis Syura PAS Tak Pernah Keluar Dasar Bai’ah – Salahuddin Ayub

November 9, 2009 · Leave a Comment

a7b251d443770d57a91bc2e99496564d

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai’ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

“Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini. Tunggulah jawapan rasmi daripada majlis itu,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Isnin.

Beliau berkata bai’ah memang dilakukan oleh pemimpin parti pada hari pertama mereka memegang jawatan tetapi ia sama seperti sumpah jawatan dan simpan rahsia, tetapi bukan seperti yang didakwa.

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada Pas baru-baru ini mengakui bahawa wujudnya bai’ah seperti itu bagi wakil rakyat Pas yang berhenti atau keluar parti.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata di Kedah bahawa pemimpin atau wakil rakyat Pas tidak pernah diminta melafazkan ikrar Bai’ah cerai talak tiga seperti yang didakwa oleh Khalid itu.

“Isunya sekarang ialah tiada siapa yang mahu menceraikan isteri malah nak tambah lagi adalah, dan tidak ada arahan pun untuk berbuat demikian. Kami juga tidak tahu kerana di peringkat pusat pun tidak ada arahan seperti ini,” kata Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena.

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai’ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

“Saya rasa isu bai’ah dibangkitkan oleh Umno sebab mereka tahu mereka tidak boleh rampas wakil rakyat Pas.

“Kalau kita menang atas tiket mana-mana (parti) kemudian kita lompat parti lain, ini salah dari segi hukum. Bai’ah ini ialah bagi mempertahankan amanah ini,” katanya.

Husam berkata tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai’ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Pas menggunakan bai’ah talak itu kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita.

Katanya kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terlibat dalam perjuangan parti itu.

“Bai’ah memperkecilkan kedudukan wanita, hakikatnya kita faham sekarang bahawa ada kaum perempuan dan isteri-isteri wakil rakyat yang tidak terlibat dengan perjuangan parti. Mengapa isteri yang menjadi sasaran,” katanya.

Zuraida, yang juga Anggota Parlimen Ampang, berkata jalan lain boleh digunakan bagi memastikan tidak ada anggota politik mengkhianati parti dengan menyertai parti lawan. BERNAMA

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , , ,

Sivarasa Dakwa Amaran Anwar Ditujukan Kepada Pemimpin Seperti Zulkifli Noordin

November 9, 2009 · Leave a Comment

siva-oct26

PETALING JAYA: Amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas para pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar ditujukan secara langsung kepada orang seperti ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah ketika mengatakan demikian juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka.

“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti.

“Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar semalam yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu.

Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu amaran keras kepada semua barisan kepimpinan parti itu lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk berubah haluan.

Manakala Pengarah Strategik PKR yang juga bekas Ketua Penerangannya, Tian Chua melihat amaran Anwar itu pula sebagai satu arahan kepada mereka semua supaya berhenti bertelagah di depan khalayak umum tetapi sebaliknya berpegang teguh kepada agenda parti untuk melakukan reformasi, menegakkan keadilan sosial dan demokrasi.

“Pertelagahan-pertelagahan kecil dan remeh temeh patut dihentikan sebaliknya semua pemimpin PKR patut menumpukan perhatian kepada isu-isu yang sebenar. Itu yang diminta oleh Anwar,” tegasnya. – MStar

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Dr Asri Sedia Sertai Politik Untuk Berdakwah?

November 9, 2009 · Leave a Comment

013982681_asri

KOTA BAHARU: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

“Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini hari ini.

Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Sambil menafikan pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik, beliau berkata ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. BERNAMA

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Royalti Minyak Kelantan : Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib

November 9, 2009 · Leave a Comment

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,

Video Adun Pelabuhan Kelang – Demonstrasi minta Badrul Kosongkan Kerusi Adun!

November 9, 2009 · Leave a Comment

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , ,

Video Seminar PAS – Ucapan Prof. Abu Hassan tentang Kajian keatas PAS

November 8, 2009 · Leave a Comment

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , ,

Seminar PAS – Pemuda Mahu Garis Panduan Tentang Kerjasama Dalam Pakatan

November 8, 2009 · Leave a Comment

AZIZspot

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kepimpinan parti meletakkan garis panduan yang jelas berhubung isu tahaluf dengan parti-parti lain.

Timbalannya, Azman Shapawi berkata, parti harus menyatakan segala perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam mengadakan tahaluf.

Kepimpinan parti juga diminta agar lebih adil dalam pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

“Adil ni maksudnya pimpinan mesti tengok dari semua aspek. Mesti lihat kebolehan jentera dan sejauh mana keberkesanan pengurusan parti agar lebih bersedia menghadapi pihak lawan,” katanya.

Pemuda juga menyokong penuh keputusan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang akan meneruskan komitmen parti untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pemuda turut mencadangkan agar kejayaan Pakatan Rakyat di setiap negeri yang diperintah dibentangkan dalam muktamar tahunan parti.

Laporan lengkap perlu diberikan kepada setiap perwakilan agar segala kekurangan dan kelebihan dapat dianalisis untuk memperkasakan parti.

Bercakap sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden dalam seminar pemerkasaan parti di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, petang tadi, Azman turut menegaskan, setiap konflik dalaman parti yang berlaku mestilah diambil tindakan segera untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli.

“Segala konflik mesti diselesaikan segera kerana kami bimbang jika tidak diselesaikan segera, akan merosakkan fikiran ahli,”ujarnya.

Turut dicadangkan agar jawatankuasan disiplin parti bersikap lebih tegas kepada mana-mana ahli yang melakukan perkara yang bertentangan dengan parti termasuk mengenai kebocoran rahsia parti.

Beliau turut menyeru agar ahli tidak menggunakan media baru dengan sewenang-wenangnya untuk menulis pandangan peribadi yang dapat mencemarkan imej parti. – harakahdaily

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , ,